BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

"Inilah Sumpah Sepenuh Rela Darah Dan Nyawa........."

Jumaat, 10 Julai 2009

UMNO BHG AYER HITAM "CANGGIH"





UMNO Bahagia Ayer Hitam terus bergerak bagi memastikan ia benar-benar menepati kehendak rakyat sebagai sumber yang tepat untuk mendapatkan perkhidmatan.

UMNO Bahagian yang baru berusia 6 tahun setelah persempadanan semula kawasan pilihanraya pada 2003, UMNO Bahagian Ayer Hitam berjaya merubah diri dari sebuah bahagian UMNO yang tiada apa untuk dibanggakan kini telah menampak perubahan ketara.

Baru berusia setahun jagung, UMNO Bahagian Ayer Hitam sudah mempunyai Pusat komuniti sendiri yang canggih. Sebuah bangunan yang lengkap dengan dewan mesyuarat yang mampu menampung sekitar 300 orang. Bangunan Pusat komuniti juga menempatkan Pejabat UMNO Bahagian Ayer Hitam. Dikawasan tersebut juga ditempatkan Pejabat Yayasan Tekun Nasional (TEKUN), Kemas Parlimen Ayer Hitam, Persatuan Bulan Sabit Merah Ayer Hitam (PBSM),Pejabat UMNO cawangan Ayer Hitam dan juga dewan untuk kegunaan kegiatan kesenian serta sukan badminton dan sepaktakraw.

Seluruh warga UMNO dalam Bahagian Ayer Hitam seharusnya berbangga dengan kepesatan dan kemajuan yang dibawa oleh UMNO Bahagian Ayer Hitam dibawah pimpinan YB. Datuk SamsoBari Bin Jamali dan rakan-rakan pimpinan Bahagian Yang lain.

Perancangan seterusnya yang sedang di rancangkan adalah untuk menyediakan Pusat aktiviti Rakan Muda, Pusat Cyber Rakyat dan Gimnasium Rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan