BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

"Inilah Sumpah Sepenuh Rela Darah Dan Nyawa........."

Selasa, 28 Julai 2009

BENARKAH TEO BENG HOCK DIBUNUH ?.. Kalau benar siapa pembunuhnmya ?

Baru-baru ini negara digemparkan dengan berita penemuan mayat pembantu khas kepada seorang EXCO selangor daripada parti DAP.
Mayat mendiang Teo Beng Hock ditemui dibawah bangunan SPRM selangor.
Teo Beng Hock sebelumnya hadir ke pejabat SPRM selangor untuk memberikan kerjasam kepada siastan SPRM atas dakwaan berlakunya penyalahgunaan kuasa (Wang Kerajaan Negeri) oleh wakil-wakil rakyat DAP selangor.

Namun bila sahaj penumuan mayat mendiang Beng Hock dilapurkan..pihak pembanmgkang termasuk Anwar Ibrahim berasa amat seronok untuk terus mengeluakan kenyataan seolah-olah Teoh Beng Hock telah dibunuh angkara pihak kerajaan.

Anwar yang sedang melalui saat-saat getir menghadapi perbicaraan atas dakwaan membontot bekas pecacainya mengambil kesempatan yang seolah-olah dinanti untuk mengalih pandangan dan perhatian rakyat terhadap kes perbicaraannya.

Tak sempat mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Teoh Beng Hock, serangan dituju trerus kepada SPRM dan kerajaan.

Dengkinya Anwar ni terhadap kerajaan terutama UMNO memang lah tidak boleh disorok lagi. Tapi membuat tuduhan secara melulu satu perkara yang terkeji yang biasa dibuat Anwar. Tapi apa nak pelik setakat keji... Yang jijik pun dia sapu...

Berbalik kepada kematian Teoh Beng Hock. Tuduhan-tuduhan liar daripada pihak pembangkang terhadap SPRM dan kerajaan terlalu jahat. Niat nya amat jahat sekali.

Pembangkang sepatutnya bersimpati tetapi perkara simpati hanya menjadi perkara kedua selepas kesempatan ini dijadikan peluru untuk menembak kerajaan dan SPRM. Ini menunjukkan pembangkang tidak menghormati mendiang.
Pembangkang hanya mengambil kredit atas kematian Teoh memnyerang kerajaan untuk kepentingan parti mereka.

Rakyat harus sedar beberapa perkara isu kematian Teoh Beng Hock ini.

1. Teoh Beng Hockadalah saksi dan orang yang telah memberikan kerjasama kepada SPRM dalam isu dakwaan penyalahguanaan kuasa atau penyalahguanaan wang kerajaan negeri oleh wakil-wakil rakyat DAP selangor.

2. Teoh Beng Hocktelah disiasat sehingga jam 3.30 pagi pada malam hari sebelum penemuan mayatnya. dan mendiang telah diarah balik oleh SPRM selepas memeri keterangan. tetapi difahamkan mendiang tidak mahu pulang pada waktu itu.

3. Maklumat mengatakan Teoh Beng Hock masih ada di ruang pejabat SPRM pada jam 6 Pagi tersebut. Ini bermaksud, mendiang masih hidup sehingga jam 6 pagi ( siang }.

4. Tunang mendiang didapati telah mengandung 2 bulan sekarang.

5. Kewujudan laman blog misteri "t4tbh.blogspot.com" yang mendedahkan bukti-bukti penyalahgunaan wang kerajaan oleh ADUN-ADUN DAP.

Kesemua butir-butir diatas secara langsung menolak andaian dan dakwaan bahawa SPRM dan kerajaan membunuh Teoh Beng Hock !!!

Mengapa harus seorang yang memberikan kerjasama kepada SPRM dan mempunyai maklumat tentang penyelewengan dibunuh oleh SPRM dan kerajaan.

Kita lihat fakta ini pula.

1. Mana mungkin seorang yang memberikan kerjasama kepada SPRM dalam penyiasatan dibinuh oleh SPRM sendiri.

2. Mana ada pembunuh yang membunuh seseorang meletakkan mayat orang yang dibunuh di rumah pembunuh.

3. Kenapa Teoh Beng Hock tidak mahu pulang selepas selesai memberi keterangan. Adakah Dia takut ?.. Kalau takut, Takut kepada siapa ? kalau takut kepada SPRM kenapa dia seolah berlindung malam itu di pejabat SPRM ? Bukankah ada kemungkinan dia menjadikan pejabat SPRM sebagai tempat untuk berlindung sehingga hari siang ?. Jadi mendiang takut siapa ?.

4. Siapa sebenarnya musuh mendiang Teoh Beng Hock ? SPRM , gangster atau DAP...?
Jawapan yang pasti tentulah DAP yang sepatutnya menjadi musuh kepada mendiang, bukan SPRM !!

Jadi siapa yang harus dituduh bunuh Teoh Beng Hock kalau benar dia dibunuh ? SPRMK atau DAP...

Fikirlah sendiri...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan