BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

"Inilah Sumpah Sepenuh Rela Darah Dan Nyawa........."

Jumaat, 10 Julai 2009

UMNO Cahaya Putera Bantu Dapatkan Bantuan JKM



UMNO Cawangan Cahaya Putera akan terus memastikan setiap individu dan keluarga yang kurang berkemampuan akan dibela kebajikannya oleh kerajaan melalui agensi-agensi yang berkaitan.
Setakat ini UMNO Cawangan Cahaya Putera telah mendaftarkan beberapa warga emas di Ladang Yong Peng termasuk beberapa warga kaum India. Dalam soal kebajikan rakyat, UMNO cawangan Cahaya Putera tidak memilih bulu dan warna kulit dan tempat untuk dibantu.
Seorang warga emas yang menumpang di Ladang Yong Peng bersama anaknya iaitu Ibu Pathuma Binti Abd.Rahman juga telah dibantu mendapat bantuan bulanan serta sebuah rumah PPRT dari Majlis Agama Islam Johor yang telah siap dibina.

Antara penerima bantuan JKM di Ladang Yong Peng A adalah En.Sharif Atan, Pn. Pathuma Abd Rahman, Pn.Bedah Abdullah, En, Mohd Shah Buntal, Pn. Vijaya, Pn.Wasantha. Beberapa nama lagi sedang diuruskan oleh ketua cawangan Cahaya Putera En. Zainudin Mohidin.

Sebelum ini juga ramai Ibu tunggal dan Warga Emas sekitar Yong Peng telah dibantu dengan kerjasama Ketua UMNO cawangan Seri Bertam En.Tun Zahri Omar.
Pihak UMNO cawangan Cahaya Putera mengucapkan terima kasih kepada Pegawai JKM, Tok Penghulu Mukim 17 Chaah Baru serta ketua Ketua Kampong Kangkar Baharu En.Mahon Bin Johar yang turut memberi kerjasama membantu rakyat yang memerlukan.
Harapan UMNO cawangan Cahaya Putera kerjasama daripada semua pihak-pihak yang berkaitan akan dapat diteruskan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan