BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

"Inilah Sumpah Sepenuh Rela Darah Dan Nyawa........."

Rabu, 22 Julai 2009

CHUA dah di buang orang MCA, masuk tong sampah PKR

Kemasukan Dr. Chua Jui Meng ke dalam parti PKR baru-baru ini tidak sedikit pun menjejaskan Barisan Nasional untuk meneruskan agenda memberi khidmat terbaik kepada rakyat.
Bekas menteri kesihatan itu sepatutbya merasa malu kerana diketika berada dalam parti MCA dan kerajaan beliau menentang setiap dakyah pembangkang terhadap kerajaan dan Barisan Nasional. Tapi bila beliau sudah ditolak oleh ahli MCA sendiri, Beliau hilang pertimbangan dan tanpa segan silu menyertai PKR yang dulu tidak sedikit beliau hentam dan dihentam.
Inilah sikap segelintir pemimpin tidak bermaruah.
Pemimpin yang sudah kehilangan gigi tapi masih berangan hendak mengunyah daging..

Chua harus sedar bahawa sepanjang penglibatan beliau dalam politik, beliau disokong oleh ahli MCA dan seluruh penyokong Barisan Nasional. Tapi apabila era berada di puncak mulai menurun secara perlahan. Beliau tidak dapat menerima kenyataan.

Namun, bagi kita, Chua bukan sesiapa. Chua tidak lagi diperlukan seandainya dia masuk kedalam bakul sampah yang kotor.
Tidak ada sesiapa yang mencampakkan beliau kedalam tong sampah PKR yang kotor itu. Tapi beliau terjun sendiri kedalam bakul pilihannya.
Kesian...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan