BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

"Inilah Sumpah Sepenuh Rela Darah Dan Nyawa........."

Khamis, 16 Julai 2009

Mak Patu dapat Rumah Baru



UMNO Cawangan Cahaya Putera mengucapkan tahniah kepada Pn. Pathuma Binti Abd.Rahman (Mak Patu) yang telah mendapat sebuah rumah hasil usaha UMNO cawangan bagi membantu beliau.
Sesungguhnya beliau satu-satunya pekerja Ladang yong Peng, ahli UMNO cawangan Cahaya Putera yang mempunyai tanah di pinggir Ladang Yong Peng A peninggalan arwah suami beliau yang dikenali sebagai Pak Mat Talipon.

Rumah PPRT yang di luluskan oleh Majlis Agama Islam Johor itu telah siap dibina sepenuhnya, dalam masa sedikit hari lagi Mak Patu akan mendiami rumah tersebut apabila masaalah kemasukan paip air dan elektrik dapat disiapkan.

Sejarah arwah Pak Mat Talipon (suami Mak Patu) mendapat tanah tersebut juga merupakan satu cerita yang menarik untuk perhatian kita bersama.

Tanah tersebut merupakan tanah milik Ladang Inggeris-GUTHRIE (penjajah). Pak Mat talipon merupakan pekerja terawal bekerja sebagai operator talipon di pejabat ladang ini. Kerana mengenangkan jasa-jasa Pak Mat talipon, Pihak pengurusan ketika itu yang masih dimiliki Inggeris telah mengurniakan kepada Pak Mat talipon sebidang tanah seluar 6 ekar kepada beliau sebagai mengenang jasa beliau.

Apa yang boleh dijadikan iktibar dan renungan kepada kita dalam cerita ini... Kita boleh bayangkan, Alangkah baiknya jika Pemilik Ladang Yong Peng ini dapat mengikuti jejak langkah Inggeris mengenang jasa pekerjanya yang telah mengerah keringat dan kudrat berkhidmat kepada syarikat dikurniakan sebidang tanah lot untuk sebuah rumah pekerjanya yang telah bersara....Apatah lagi syarikat-syarikat ini telah menjadi milik kita sepenuhnya...Alangkah Moleknya..

Apapun, UMNO Cahaya Putera berdoa agar Pemilik Ladang ini (SIME DARBY) dibukakan hati untuk tujuan murni ini.

UMNO Cahaya Putera mengucapkan terima Kasih kepada semua terutama kepada MAIJ. Tok Penghulu,Ketua Kampong,Wakil Rakyat dan semua yang terlibat dalam proses pembinaan rumah Mak pathu ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan