BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

"Inilah Sumpah Sepenuh Rela Darah Dan Nyawa........."

Selasa, 25 Januari 2011

UMNO Bhg Ayer Hitam dan Tebrau akan pastikan peti undi Felda Tenang menang besar

UMNO baahagian Ayer Hitaam dan Tebrau kan memastikan kemenangan besar calun Barisan Nasional di ppeti mengundi Felda Tenang dalam pilihanraya kecil N05 Tenang pada 30 hb January ini.
UMNO bahagian Ayer Hitam yang diketuai YB.Datuk Samsol Bari jamali dan Tebrau yang diketuai YB.Datuk Maulizan Bujang yang diberi amanah untuk menjadi bahagian angkat di peti undi yang paling ramai mempunyai pengundi melayu ini mahu memastikan peti undi Felda Tenang akan memberikan sumbangan besar kepada calun Barisan Nasional Sdr. Azhar Ibrahim nanti.

Sehingga kini kita dapati usaha gigih dua cawangan yang terlibat (Cawangan Felda Tenang dan Cawangan Kolam Air) di peti undi ini amat memuaskan dan kita percaya dengan kegigihan jentera parti ini matlamat itu akan dapat direalisasikan kelak.
dalam masa sama bermula hari ini gerakan dan usaha akan diperhebatkan lagi sehingga peti undi Felda Tenang ini sebuah kawasan peti undi yang agak sukar ditembusi pihak pembangkang.

Ini dibuktikan apabila keghairahan awal kempen pembangkang yang membawa masuk tokoh-tokoh utama mereka seperti Presiden PAS Abd.Hadi Awang dan Penasihat PKR Anwar Ibrahim ke sini tidak mendapat sambutan.
Akibatnya pembangkang dilihat seolah mengalah dan membatalkan sesi ceramah disini yang melibatkan tokoh-tokoh pembangkang dari PAS,PKR dan DAP kelmarin.

Tahniah kepada semua jentera Barisan Nasional di Felda Tenang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan