BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

"Inilah Sumpah Sepenuh Rela Darah Dan Nyawa........."

Jumaat, 21 Januari 2011

Barisan Nasional Johor mampu menang besar di TENANG




Barisan Nasional yang meletakkan Mohd Azhar Ibrahim sebagai calun bagi mewakili Parti dijangka tidak akan bermasaalah untuk memenangi pilihanraya kecil DUN Tenang.
Pilihanraya keil yang diadakan berikutan kematian penyandangnya Allayarham Datuk Sulaiman Taha akan diadakan pada bulan ini dimana penamaan alun akan diadakan pada 22 January manakala Pengundian akan berlangsung pada 30 January ini.

Pemilihan Mohd Azhar Ibrahim adalah satu pilihan yang amat tepat mamandangkan beliau merupakan calun yang mempunyai kelebihan daripada lain-lain alun yang diketengahkan oleh UMNO Johor.
Beliau yang sebelum ini adalah Penolong Pagawai Daerah Batu Pahat (ADO) kawasan Rengit merupakan seorang yang tidak asing di kawasan Tenang dan Labis amnya.
Anak kelahiran Tenang ini mempunyai kelulusan Diploma UITM dan Ijazah Sarjana Muda Sains Politik dari Universiti USA.

Dari sudut politik beliau juga tidak asing di bahagian Labis kerana beliau pernah menjawat jawatan Bendahari Pemuda Bahagian Labis selama dua penggal dan pada tahun 2008 beliau mendapat undi tetinggi dalam pemilihan ke perhimpunan Agong UMNO Malaysia (G&).
Ini membuktikan beliau amat dikebali dan disenangi dikalangan pimpinan dan grassroot UMNO bahagian Labis. Dengan pengalaman yang ada sebagai ADO sudah tentu beliau tidak mempunyai masaalah dalam menangani permasaalahan yang melibatkan pembangunan di kawasana Tenang nanti.



Sebelum ini PAS telah mengistiharkan seorang wanita (Normala)sebagai calon iaitu seorang bekas guru yang berhenti semata-mata ubtuk menjadi calun PAS.

Sesngguhnya PAS dalam keadaan terdesak untuk memenangi pilihanraya kecil ini sehingga terpaksa meletakkan seorang alon wanita bertanding.
DUN Tenang mempunyai kawasan peti undi beberapa rancangan Felda seperti Felda hempelak dan Felda Tenang. Namun sesuatu yang pelik berlaku dalam mengisi calun PAS ini kerana memandangkan kawasan DUN Tenang mempunyai majoroti pengundi melayu dan termasuk rancangan Felda, mengapa tokoh PAS yang telah menjelajah keseluruh pelusuk Felda dalam negara ini mengutuk kerajaan dan agensi Felda tidak berani menjadi calun PAS dalam pilihanraya ini.

Orang yang dimaksudkan adalah Mazlan Aliman. Anak peneroka Felda dan menubuhkan Persatuan ANAK sebagai senggayutan untuk terus berjuang memorak marik kan pemikiran masyarakat Felda. Beliau dilihat mahu menjadi jaguh yang jkonon berjuang untuk Masyarakat dan generasi Felda. Beliau tidak pernah berhenti memburuk-burukkan Agensi Felda dan kerajaan.
Tetapi peliknya Mazlan Aliman tidak sanggup dimalukan orang Felda di Tenang. Beginikah sikap seorang pejuang Felda ?,,, Mazlan Aliman takut akan bayang-bayang kekalahan yang sudah dilihatnya, Jika kalah,,,beliau bukan sahaja tidak akan lagi disegani dikalangan penyokongnya yang tidak seberapa di ranangan-rancangan Felda, malah kalangan pemimpin Pakatan pembangkang pun akan memandang kecil akan dirinya.

Berbalik kepada pemilihan Mohd Azhar sebagai Calon Barisan nasional. Dapat dilihat pimpinan UMNO bahagian yang sekaranag ini jawatan Ketua UMNO Bahagian di pangku Sdr. Rusdin juga bersikap gentleman dan menerima dengan senang hati pemilihan Mohd Azhar. Ini kerana sudah barang tentu pemilihan Mohd Azhar telah dibincangkan terlebih dahulu diantara pimpinan UMNO Bahagian bersamaa UMNO Negeri Johor sebelum diserahkan kepada YAB.Perdana Menteri. Konsep mesyuarah yang sedia terjalin oleh UMNO Johor itulah yang akan memastikan setiap individu parti akan berusaha dan bekerja bagi memastikan calun yaqng diketengahkan akan memperolehi kemenangan.
Itulah kekuatan UMNO Johor.

UMNO Johor juga mempunyai jentera yang cukup untuk bekerja dalam pilihanraya kecil di negeri ini. UMNO Johor yang mempunyai 26 Bahagian UMNO sudah barang tentu mempunyai kekuatan jentera yang cukup. Sebab itu UMNO negeri-negeri lain menganggap mereka tidak perlu membantu dipilahanraya keil Tenang ini. Ini bermakna UMNO negeri-negeri lain dapat menjimatkan kerana tidak perlu menghantar jentera mereka membantu di Johor.

Dengan pilihan calun yang tepat dan terbaik, disamping kekuatan Jentera UMNO Johor dan semangat perpaduan dikalangan komponen barisan Nasional Johor. Tidak mustahil, Barisan nasional akan memenangi pilihanraya kecil DUN Tenang ini dengan majoroti yang blebih besar berbanding pilihantaya umum lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan