BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT
"Inilah Sumpah Sepenuh Rela Darah Dan Nyawa........."
Ahad, 2 Januari 2011
Bukti 1 Malaysia dipraktikkan di Ayer Hitam. Rakyat menerima baik gagasan idea PM
Konsep 1 Malaysia yang dicipta Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak sentiasa mendapat sokongan rakyat. Idea gagasan untuk menyatu-padukan segenap lapisan masyarakat itu dipraktikkan oleh pimpinan Barisan Nasional Parlimen Ayer Hitam.
Kita banyak menganjurkan program yang mesra rakyat berbilang bangsa dan agama. Buktinya Malam tadi MCA Cawangan Jalan Nyior menganjurkan Majlis makan malam sempena Pertandingan Karaoke Peringkat Negeri johor di Restoren Hock Hwa Yong Peng.
Pemimpin UMNO yang dijemput tidak terkecuali hadir dan bermesra dengan kaum cina di majlis itu.
Majlis yang dirasmikan oleh YB.Ir.Dr Wee Ka Siong, Ahli Parlimen Ayer Hitam yang juga Timbalan Menteri Pelajaran dihadiri lebih seribu orang.Turut hadir YB.Lim Kee Moi, ADUN kawasan Yong Peng, En.Halid Saat Setiausaha Barisan Nasional parlimen ayer Hitam serta pimpinan MIC.
Ini lah bukti bagaimana kehendak YAB Perdana Menteri sebenarnya adalah gagasan yang perlu dijayakan bagi kemakmuran dan keharmonian bersama dikecapi setiap rakyat Malaysia.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
kita rakyat malaysia,realisasikan gagasan 1 malaysia...membentuk perpaduan dlm pelbagai kaum....
BalasPadamAzia...
iye...berteraskan konsep rakyat didahulukan...pencapaian diutamakan...
BalasPadam