BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT
"Inilah Sumpah Sepenuh Rela Darah Dan Nyawa........."
Isnin, 17 Januari 2011
Normala Sudirman Calon Kambing hitam PAS. Mazlan Aliman bacul dan pengecut.
Akhirnya ternyata PAS memamah lagi lidah sendiri apabila sekali lagi menonjolkan calun wanita sebagai calun pilihanraya. Sebelum ini kita dengar berbagai kekangan dibuat kepada kaum wanita hingga kaum wanita tidak dibenarkan menyertai perujian Tilawah Al-Quran atas alasan menjaga suara sebagai "Aurat". Tapi sekarang apa sudah jadi ???
Kalau perdengarkan kalam Allah tidak boleh..bagaimana pula dengan meletakkan wanita sebagai calon pemimpin. Bukankah jika menang (tak ada harapan menang pun) wanita ini akan kerap ditemui dan menemui kaum lelaki. Akan berucap dan bercakap malah tidak mustahil sebelum jadi wakil rakyat pun dalam kempen nanti akan berucap berapi-api untuk memastikan dia dipilih.
Apa macam tuan guru-tuan guru semua ? Sudah Tukar kaa... hahaha..
Si Normala ni pun memang awal-awal lagi kita dah tahu akan jadi calun. Tak payah nak umumkan malam tadi pun semua orang di Labis dah tahu dengar nama Normala ni calun PAS. Dia berhenti jadi guru pun kita tahu awal dah. Sebenarnya Normala adalah mangsa puak PAS.
Sebelum ini di gembarkan juga Mazlan Aliman akan menjadi calun PAS memandang konon Mazlan akan mendapat sokongan sebahagian pengundi di kawasan Felda yang terletak di kawasan DUN Tenang.
Mazlan pun bukan bodoh..takkan dia nak mengambil risiko dimalukan oleh peneroka Felda sedangkan Mazlan meracau keseluruh pelusuk Felda menghasut peneroka agar membenci Felda dan Kerajaan Barisan Nasional.
Malangnya Mazlan kan... Allah SWT maha bijaksana. Mazlan terkedu apabila harga komoditi utama yang menjadi bahan utama peneroka Felda melonjak dari hari ke sehari.
Malah dengan izin Allah..harga kelapa sawit dan getah berada pada paras tertinggi dalam sejarahnya.
Alhamdulillah...Maha bijaksana dan maha pemurah Allah SWT.
Bukti Allah tidak redha dengan usaha puak-puak yang menjaja agamaNYA untuk kepentingan politik semata-mata.
Dengan nikmat Allah yang pemurah itu, Mazlan Aliman dan puak-puak PAS serta pemimpin pakatan pembangkang tak mahu komen hal ini. maka dialihkan hakikat bahawa rakyat perolehi nikmat ini dengan cerita karut marut dongengan lucu Anwar Ibrahim.
Mengapa mereka tidak berani usik tentang kebenaran nikmat Allah ini kepada rakyat. Tidak kita dengar seorang pun ucapkan rasa syukur diatas kurniaan Allah ini hasil usaha berterusan kerajaan BN mencari kaedah untuk memastikan komoditi utama ini mempunyai nilai yg mampu memberikan kesenangan kepada rakyat.
Berbalik kepada Mazlan, jelas beliau terkedu dan takut untuk bertanding di DUN Tenang. Nak cakap apa dia dengan orang Tenang ??? Nak cakap kerajaan tak baik ? Nak cakap peneroka Felda miskin ? Nak cakap Peneroka terinaya ? Nak cakap generasi kedua peneroka macam dia terinaya... Semua tak boleh cakap dah...
Jadi...dicadangkan lah Normala sebagai Kambing Hitam di DUN Tenang ini...
Kasihan kan. Kaum Wanita dalam PAS ni jadi alat pelampias kerakusan politik PAS juga rupanya selain untuk lain-lain tujuan...faham-faham aje ye...
Kepada Normala, yang dah kemaruk sangat nak jadi wakil rakyat ye.. Selama ni mencekik gaji dari kerajaan Barisan Nasional nak cakap apa..nak cakap kerajaan BN Rasuah ? Duit kerajaan BN haram ? haa..cakap..cakap...!!!
Yang Akan pasti Normala ni akan jadi seperti pepatah yang dikejar tak dapat yang di kendong keciiran selepas 30 haribulan ini.. kita sama-sama tengok ye.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
bodoh umno
BalasPadam