BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

"Inilah Sumpah Sepenuh Rela Darah Dan Nyawa........."

Rabu, 6 Januari 2010

UMNO Zon Kangkar Baharu Rai Pelajar Cemerlang



3 Januari 2010:

UMNO cawangan-cawangan dalam zon Kangkar Baharu telah meraikan pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang peperiksaan UPSR 2009 dalam kawasan itu khasnya yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Ladang Yong Peng di Kangkar Baharu.
Majlis ringkas itu diadakan di Balairaya Kampong Melayu Kangkar Baharu sebelum mesyuarat UMNO Cawangan-cawangan Zon Kangkar Baharu diadakan sejurus selepas itu.

En.Wan Aziz Bin Wan Abdullah,Ketua penerangan UMNO Bahagian telah menyampaikan anugerah berupa plag cenderahati dan saguhati Wang Tunai kepada semua pelajar terbabit.
Pelajar tersebut adalah adik NORSIHADA BINTI MAZNI yang telah mendapat keputusan 5A dan empat pelajar lain yang mendapat 3A 2B yang terdiri daripada Adik NOR KESUMA BINTI MOHD>FATHI< adik NOR ARNISAH BINTI IZHAR, adik MOHD.AZIMI BIN MISNAN dan adik NISA KALISA BINTI ZAMPERI.

Apa yang membanggakan adalah keputusan cemerlang itu merupakan detik sejarah yang dilakar oleh pelajar-pelajar ini bagi Sekolah Kebangsaan Ladang Yong Peng yang telah melonjakkan peningkatan peratusan terbaik kepada sekolah tersebut iaitu 72.73% berbanding 40.74% pada tahun sebelumnya.

Adik NORSUHADA juga telah malakar sejarah iaitu satu-satunya pelajar yang berjaya memperolehi keputusan 5A sepanjang 33 tahun sekolah itu beroperasi di Pekan Kangkar baharu.
Seluruh pimpinan UMNO dalam Zon Kangkar Baharu mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar, ibubapa dan tidak lupa kepada guru-guru sekolah tersebut atas kejayaan ini. Adalah diharapkan dengan kejayaan ini semua pihak akan lebih bersemnagat bagi memperbaiki lagi kecemerlangan ini untuk tahun-tahun mendatang.

Majlis tersebut telah dihadiri semua 8 ketua cawangan iaitu En.Zainudin Mahidin (Cahaya Putera),En.Hairadin Masran(Kangkar Baharu),En,Mahon Hj Johar(Ladang C),En.Ahman Basar(Seri Setia),Hj Mean Naim(Banjir Bersatu),En.Shapie Ahmad(B2 Division),En.Suhaimi Jaafar(Ladang B1). Turut hadir semua ketua pemuda,Ketua Wanita dan Ketua Puteri cawangan-cawangan dalam Zon Kangkar Baharu.
Lebih membanggakan,majlis juga telah dihadiri setiausaha UMNO Bahagian Ayer Hitam En.Abd.Halid Saat dan Setiausaha Pemuda Bahagian Sdr.Tn.Hj Abd Rashid Hamid.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan