BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

"Inilah Sumpah Sepenuh Rela Darah Dan Nyawa........."

Rabu, 6 Januari 2010

Isu perkataan "ALLAH". Umat Islam harus muhasabah diri

Keputusan mahkamah tinggi yang memihak kepada jurnal mingguan HERALD WEEKLY (sebuah majalah terbitan Gereja katholik) untuk terus menggunakan perkataan ALLAH adalah satu keputusan yang benar-benar menyentuh hati dan perasaan umat Islam.
Bukan soal untuk mempertikaikan keputusan hakim dan mahkamah tetapi kita percaya bahawa keputusan itu bukan satu keputusan yang muktamad dan noktah terakhir untuk kita terus menerimanya.
Hakim juga manusia bisa yang boleh terkhilaf dalam membuat tafsiran perundangan. Sehubungan itu kita semua dituntut menjadikan isu ini satu iktibar khususnya kepada umat yang mengaku dirinya Islam.

Apa yang pasti Kementerian Dalam Negeri (KDN) mahupun Jabatan Perdana Menteri atau JAKIM akan merayu keputusan itu dimahkamah rayuan.Kita yakin keputusan akan memihak kepada kita,InsyaAllah..

Namun menyedari hakikat yang menjengkelkan ini, umat islam harus menjadika ianya satu permulaan untuk kembali muhasabah diri dengan memastikan kerajaan negara ini dipelopori oleh parti yang benar-benar bukan sahaja sekadar memperjuangkan Islam tetapi memastikan kepentingan Islam yang menjadi agama rasmi negara ini terus terpelihara.
Sudah pasti,parti itu bukan parti PAS...atau parti PKR...jauh sekali parti DAP..
Tidak lain tidak bukan parti yang memperjuangkan Islam dan akan sentiasa memastikan kepetingan Islam terpelihara adalah parti UMNO. Ini jelas terbukti dalam perlembagaan parti UMNO itu sendiri yang tertera jelas perkataan UNTUK MEMPERJUANGKAN DAN MEMPERTAHANKAN KEPENTINGAN AGAMA,BANGSA DAN NEGARA.

Parti PAS yang selama ini melolong konon memperjuangkan Islam hanyalah laungan retorik untuk kepentingan politik mereka, sedangkan dalam perlembagaan parti tersebut tiada satu pun menyebut dengan jelas untuk mempertahankan dan memperjuangkan kepentingan Agama,Bangsa dan Negara.
Disebabkan itu juga parti PAS sanggup bersekongkol dengan parti DAP yang seara terang-terangan sering menidak hak dan kepentingan Islam. Ini terbukti apabila pimpinan parti DAP sering mempersoalkan bukan setakat hak bangsa dan kaum Melayu malah mempersoalkan perkara-perkara yang berkaitan kepentingabn Islam. Umpamanya mereka boleh mempertikaikan peruntukan kerajaan bagi pembinaan Masjid dan Surau. Dalam soal ini parti PAS hanya tunduk silu sedangkan kepentingan Islam sedang dipertikai oleh rakan "sekelambu" mereka.

Apa lagi yang boleh rakyat terutama penyokong-penyokong PAS banggakan ?
Parti yang selama ini mereka anggap juara memperjuangkan kepentingan dan kesucian agama Islam telah longlai dibawah tekanan dan telunjuk DAP !!
Pakatan rapuh dan boleh menggugat kesucian dan kepentingan Agama Islam inikah yang segelintir rakyat penyokong PAS mahukan ?

Sedangkan PAS dipimpin oleh Tok Guru Dan Pak Lebai yang konon dikenali untuk menjuarai perjuangan Islam longlai dan layu dibawah ketiak DAP, apatah lagi PKR yang diterajui Anwar Ibrahim yang penuh dengan skandal menjijikkan... Jauh panggang dari api..!

Rakyat terutama umat Melayu dan Islam muhasabahlah diri, kaji dan nilai lah menggunakan pemikiran yang positif dan terbuka. Kita harus bersatu dibawah satu payung. Payung yang akan memberikan kekuatan kepada Bangsa yang selanjutnya mampu mempertahan kesucian dan kepentingan agama Islam.
Hanya UMNO yang kita miliki, hanya UMNO yang boleh kita perayai, Hanya UMNO yang mampu membela AGAMA, BANGSA DAN NEGARA ini dari diganggu gugat oleh mereka-mereka yang iri dengan kita.

Memang UMNO juga bersekutu dengan parti-parti kaum lain seperti MCA,MIC,GERAKAN,PPP dan lain-lain. Tetapi, cubalah kita kembali menoleh sejenak kebelakang.Dalam tempoh sejak sebelum merdeka lagi hubungan intim parti-parti bukan melayu dengan UMNO dalam satu pakatan BARISAN NASIONAL sehingga kini mereka tidak pernah mempertikaikan hak dan keistimewaan Bangsa Melayu dan Agama Islam.
Konsep hormat menghormati tersemat kukuh dalam satu pakatan yang ampuh. Keharmonian penggabungan parti-parti dalam komponen Barisan Nasional ini menjadikan rakyat berbilang kaum menikmati kedamaian dan kesejahteraan selama ini.

Tapi kini...semuanya talh mula digugat dengan hebat.

Siapa yang membenarkan dan membuka ruang untuk hak dan keistimewaan kita disentuh oleh pihak-pihak tertentu sekarang ini ? SIAPA ?..SIAPA ?!

Nah...!!! Buang jauh-jauh persoalan itu..
Ayuh saudara-saudaraKu.. Kita kembalikan kegemilangan pemerintahan berwibawa kerajaan BARISAN NASIONAL yang diterajui UMNO. Kita tidak punya banyak masa lagi. Marilah kita bersatu memperbetulkan kesilapan segelintir saudara kita. Kita kembali muafakat dan kembalikan titik-titik hitam ini kepada suatu keadaan yang menjamin kesejahteraan umat dan kesucian Islam.

Pimpinan Kerajaan terutama UMNO telah berusaha dan akan terus berusaha untuk menjadi yang terbaik. UMNO akan terus memastikan kewibawaan kerajaan Barisan Nasional benar-benar memberikan perkhidmatan semaksimum yang boleh bagi kesejahteraan rakyat. UMNO akan terus memastikan hak-hak keistimewaan Melayu dan kepentingan Islam terus terbela dan terpelihara disamping tidak menafikan hak bangsa lain.
Dengan itu, kita semua akan pasti menikmati kesejahteraan hidup yang lebih harmoni. Jauh daripada itu kita mahu memastikan kesejahteraan,keharmonian dan kedamaian ini akan kita wariskan kepada anak cucu kita di hari mendatang.

HIDUP UMNO !!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan