BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

"Inilah Sumpah Sepenuh Rela Darah Dan Nyawa........."

Selasa, 12 Januari 2010

Bolasepak Pemuda Zon Kangkar Baharu








Pegerakan Pemuda UMNO cawangan-cawangan dalam Zon Kangkar Baharu telah mengadakan satu pertandingan bolasepak tertutup bagi Zon Kangkar Baharu pada 10 Januari 2010 yang lalu. Pertandingan iatu diadakan di padang Ladang C Yong Peng. Dua kategory pertandingan diadakan iaitu Dewasa dan kanak-kanak bawah 12 tahun.

Pergerakan Pemuda dalam Zon Kangkar Baharu terdiri daripada Pemuda cawangan Cahaya Putera, Pemuda Ladang C, Pemuda Seri setia, Pemuda Kangkar Baharu dan Pemuda Ladang Atlas. Aktiviti ini diadakan sebagai menyahut gesaan kepimpinan UMNO cawangan-cawangan dalam Zon Kangkar Baharu dalam mesyuarat kepimpinan cawangan bagi Zon Kangkar Baharu yang diadakan pada 3 hb Januari lalu yang mahu semua peringkat kepimpinan termasuk sayap-sayap mengadakan aktiviti secara bersama.

Pemuda UMNO Zon Kangkar Baharu yang diketuai Sdr. Anif Rizal Marzuki menyahut seruan tersebut dengan pantas dengan mengadakan aktiviti tersebut. Tahniah diucapkan kepada kepimpinan Pemuda kawasan Zon Kangkar Baharu dan tahniah juga kepada pimpinan Pergerakan Pemuda Bahagian Ayer Hitam yang sama-sama menggalakkan dan menyumbang bagi menjayakan aktiviti ini. Pimpinan Pemuda Bahagian juga turun padang bagi memberi rangsangan dan galakan dan seterusnya membuktikan bahawa pimpinan UMNO sentiasa dekat dengan akar umbi.

Pada Majlis itu, Naib Ketua Pergerakan Pemuda Sdr. Norizan Kamisan hadir menyampaikan hadiah-hadiah kepada pemenang pertandingan. Turut sama Ketua penyelaras UMNO Zon Kangkar Baharu En.Zainudin Mohidin,Penolong Setiausaha Pemuda bahagian Sdr.Tn Hj Rashid Hamid,AJK Pemuda Bahagian Sdr. Sufian dan Sdr.Samsol,Ketua cawangan dan Ketua Pemuda dalam Zon Kangkar Baharu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan