BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

"Inilah Sumpah Sepenuh Rela Darah Dan Nyawa........."

Ahad, 17 Januari 2010

Isu Gerai Roboh: UMNO Juara Tolong Rakyat, PAS juara Bohong Rakyat


Isu gerai penjaja jalan Kluang di Ayer Hitam bukan bermula hari ini. Ia telah bermula sejak beberapa tahun yang lalu. Kemuncaknya adalah pada 28 Disember 2009 yang mana atas perintah mahkamah yang diperolehi pihak pemaju iaitu Tenaga Profesional maka gerai-gerai tersebut diroboh.
Maka dengan isu yang sepatutnya ada jalan budibicara sebelum tarikh 28 Disember 2009 dijadikan modal percuma oleh puak-puak anti UMNO terutama parti PAS untuk membantai sepuas-puasnya UMNO dan ketua UMNO bahagian Ayer Hitam. Usah pelik lah, memang manusia jenis ni memang suka bebenor dapat isu percuma macam ni. Tak tahu menahu, belasah ikut sedap mulut laa..yang pemimpin PAS konon dari pusat tak kenal sorang pun peniaga kat Ayer Hitam turun ke Parit Yaani berkokok membuak-buak macam lah dia tahu sangat cerita sebenar. Hentam lah UMNO berselirat air liur konon UMNO tak perjuangkan nasib peniaga-peniaga tersebut. Jadi mereka lah yang menjadi jaguh memperjuangkan para peniaga tu lagaknya...

Poorahh...
Kalau setakat menjerit melolong berterabur air liur itu dinamanan memperjuangkan nasib peniaga tersebut, mintak maaf PAS..!!
Orang bodoh, tuli, buta pun zaman ni tak leh korang nak bohong tau, inikan pulak orang celik..
Kalau tak tahu cerita jangan memandai-mandai bercakap..tu dusta namanya..
UMNO dan kepimpinan Ayer Hitam selama ini memperjuangkan dan membela nasib para peniaga ini.Sebeb itu juga peniaga tersebut dapat bertahan sehingga disember 2009 itu.. Cuma, bila bila pihak pemaju berjaya mendapatkan perintah mahkamah, bab itu sape pun tak mampu nak tolong,,tapi sebelum itu ada lah juga alternatif sekurang-kurangnya penangguhan seketika sebelum tindakan meroboh dilakukan.
Pihak kepimpanan UMNO, MDYP dan peniaga ada bertemu sebelum itu pada 20/12/2009 untuk tujuan itu..orang luar apa tahu? Tanya lah peniaga itu apa keputusan yang dibuat oleh wakil mereka ? Itu semua siapa tahu ?
Bukankah ada usaha pihak UMNO dan Wakil rakyat berbincang sebelum 28 Disember ? Tanya,tanya,tanya pada peniaga tersebut...!

Harus diingat, sesuatu yang kita perjuangkan terutama yang bukan milik mutlak kita menuntut kita untuk maraih simpati dan budibicara pihak tertentu..jauhkan emosi, elakkan konflik. Itu sepatutnya menjadi taruhan dalam perjuangan seperti ini..Seperti isu gerai ini !!

Malangnya kita tak tahu dimana silapnya, UMNO dan wakil rakyat seakan tidak diperlukan ketika itu. Bayangkan, pada pagi 28 Disember itu UMNO bahagian meraikan 138 pelajar-pelajar cemerlang UPSR dari seluruh Parlimen Ayer Hitam, dalam masa sama mungkin kerja satu dua penjaja ini memanggil Unit Amal PAS kekawasan gerai yang nak di roboh itu. Untuk apa Unit Amal PAS itu dipanggil beramai-ramai kesitu ? Untuk menghalang gerai diroboh ? Terhalang kah ?! Kalau dah begitu ramai Unit Amal dipanggil konon untuk memperjuangkan penjaja tersebut, buat apa agaknya Pemimpin UMNO menjenguk kesitu kan..takkan mungkin kita pemimpin UMNO hendak menjadi seperti "hidung tak mancung,pipi tersorong-sorong".

Nah..kesudahannya ?!!
Kita tidak bertepuk tangan jauh sekali bersorak memadankan muka kepada mereka. Kita bersimpati, UMNO bersimpati, Wakil rakyat bersimpati..
sebab itu dalam diam YB.Datuk SamsolBari Jamali meneliti perkembangan itu dari semua sudut untuk mencari formula bagaimana mungkin boleh membantu para peniaga ini. Tidak menganggap kesalahan sikap seorang dua peniaga yang mencerca UMNO sebagai penghalang untuk merosakkan harapan yang ramai maka tindakan-tindakan perlu sedang diambil. Maka adalah diharapkan semua penjaja intu bersikap rasional, hentikan segala tohmahan dan tindakan emosional. InsyaAllah sesuatu yang baik akan diperolehi kelak..Percayalah..
Kini kenalilah..Yang mana Juara Rakyat Sebenar dan Yang mana Juara Pembohong dan pembelit sebenar. UMNO adalah juara membantu rakyat sebenar, itu lah reality nya..
Kini terpulang kepada para penjaja tersebut...
Kita lihat...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan