BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

"Inilah Sumpah Sepenuh Rela Darah Dan Nyawa........."

Sabtu, 19 Disember 2009

Yeliammah menumpang di estet:UMNO Cahaya Putera akan bantu


Puan Yelliammah, bekas pekerja Ladang Yong Peng yang telah bersara dan tidak berapa sihat kini masih menumpang di Ladang tersebut. Sehingga kini beliau tidak mempunyai pendapatan dan kebajikan makan minum beliau disara oleh penduduk setempat.
UMNO cawangan Cahaya Putera amat prihatin dengan nasib Pn.yeliammah ini dan dalam masa sama meminta pihak Pengurusan Ladang agar tidak meminta beliau keluar daripada tinggal di perumahan Ladang sekurang-kurangnya buat sementara waktu.

Sebelum ini UMNO Cawangan Cahaya Putera ada memberi sedikit bantuan namun baru-baru ini saya telah menemui beliau. Amat terharu apabila Pn.Yeliammah merayu agar beliau diberi pekerjaan. Namun, pihak UMNO cawangan tidak mampu untuk memenuhi permintaan beliau,tetapi dalam masa sama pihak UMNO cawangan akan berusaha memastikan Pn.Yeliammah akan dipohonkan bantuan sarahidup daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

UMNO cawangan Cahaya Putera tidak pernah memilih kulit dalam usaha membantu rakyat miskin. Sebelum ini juga kita telah membantu dua orang keluarga kaum india mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat iaitu Puan Vijaya dan Puan Wasantha.
Kali ini kita akan bawa Pn.Yeliammah dan beberapa warga emas ke JKM pula.

Kita berharap pihak JKM dapat membantu dan menyegerakan bantuan kepada Pn.Yeliammah dan warga tua dari kawasan Ladang.
Semasa sihatnya pekerja-pekerja Ladang ini telah mencurah bakti menitiskan keringat membantu sama membangunkan negara, disamping memberikan kemenangan besar BN dalam setiap kali pilhanraya.
Sudah sampai masanya disaat mereka tua dan lemah,mereka pula di bela oleh kerajaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan