BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

"Inilah Sumpah Sepenuh Rela Darah Dan Nyawa........."

Rabu, 9 Disember 2009

NAZRI..kot nak jadi hero jangan lukai orang UMNO/Melayu !

Kenyataan Nazri Aziz yang mahu merombak modul BTN amat tidak disenangi.

Sebagai seorang pemimpin UMNO yang selama ini mendapat tempat dan kedudukan atas kepercayaan parti tidak seharusnya bertindak sembrono hingga melukai parti dan bangsa melayu. Kot ite pun kalau nak jadi juara jangan lah sanggup melukai bangsanya. Nazri ni pernah ikuti kurusus BTN ke tidak ?
Apa jahanamnya kenyataan beliau yang mengakui modul BTN seolah-olah bersifat perkauman ?
Nak tanya ni..mana ada kursus BTN yang menganjurkan pedertanya membenci kaum-kaum lain.
Ni lah kalau jadi panglima perang yang hanya pandai mengarah tapi tak berani kemedan perang.
Awak tu beruntung jadi menteri..bukan lah bagus sangat..
Dah lah tak berani bertanding MKT, nak cari jalan mudah harap dilantik..dah tu dapat jadi menteri..
ehh..nak geletek orang UMNO pulak..

Piiraah...dah kurang ajar pulak dengan negarawan macam Tun Mahathir..ni dah kira biadap !
Tun Mahathir tu bagi pendapat tak usah tukar modul BTN..Yang ada tu dah bagus dah..
memang bagus pun..kalau tak bagus takkan pembangkang takut..
Eh..tak pasal-pasal lanyak Tun Mahathir dan tuduh Tun Mahathir mengamal perkauman pulak..biadap sungguh...perangai sebiji macam pembangkang..menteri apa ni..!!

Adalah lebih baik Nazri berhenti aje jadi menteri..anda tak layak lah bro..!
Jaga anak kamu yang gambarnya terpampang di internet dengan lagak-lagak tak elok dan sumbang tu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan