BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

"Inilah Sumpah Sepenuh Rela Darah Dan Nyawa........."

Khamis, 17 Disember 2009

Subsidi SUBUR: Pekerja Estet-Ladang jangan sampai ditinggalkan




UMNO Cahaya Putera berharap agar program Subsidi Beras Untuk Rakyat yang akan diperkenalkan tidak melupakan gulungan rakyat yang bekerja di ladang dan estet.

Ini kerana pekerja Ladang/Estet merupakan gulungan rakyat miskin yang wajar menerima tempias kemakmuran negara. Mereka yang selama ini mengeluarkan keringat untuk memastikan pengeluaran komoditi utama negara seperti Kelapa sawit dan getah wajar menerima sekurang-kurangnya tempias kemakmuran negara.

Harus diingat,pekerja Ladang dan Estet diseluruh negara berpendapatan amat rendah. Jangan sekali-kali ada pihak yang cuba mengelirukan fakta bahawa selama ini pekerja Ladang telah terkeluar daripada paras kemiskinan. Sesungguhnya pekerja ladang hari ini berpendapatan dibawah paras kemiskinan.

Pendapatan mereka adalah sekitar RM400-RM500 sebulan !!!

Gaji pokok mereka sebulan adalah RM350.00 dicampur dengan bonus harga yang tidak menentu dan elaun kehadiran, pendapatan bersih pekerja Ladang Tidak lebih RM500.
ADAKAH RM500 ITU BUKAN DIBAWAH PARAS KEMISKINAN ?

Rata-rata pekerja Ladang dan Estet terpaksa bekerja suami isteri untuk memastikan mereka mampu menyekolahkan anak-anak mereka. Mereka juga terpaksa mengharapkan agar dapat kerja lebihmaasa (overtime) untuk menjalani kehidupan yang agak sempurna agar mereka tidak ketinggalan memberikan pendidikan kepada anak-anak.
Dengan bekerja membanting tulang suami isteri dapatlah mereka hidup agak sempurna sedikit.

Kita seharusnya berbangga dengan kegigihn pekerja-pekerj ladng ini. Walaupun mereka hidup tertekan membanting tulang mengerah keringat hinggaa ke petang tetapi mereka semua tidak pernh lupa dan insaf untuk terus menyokong keraajaan Barisan Nasional.
Contohnya pekerja di Ladang Yong Peng, keputusan pilihanraya-pilihanraya yang lalu membuktikan 90 peratus pengundi di daerah mengundi (Peti Undi) kawasan Ldang Yong Peng memberikan undi kepada Barisan Nasional.

Selama ini mereka seakan tidak memperolehi sebarang "tempias" setiap kali belanjaawan negara diumumkan.

Untuk kali ini, harapan kita. Subsidi Beras Untuk Rakyat (SUBUR) yang diilhamkan kerajaan untuk membantu rakyat miskin akan dapat dirasai oleh pekerja-pekerja ladang dn estet diseluruh negara.
UMNO Cahaya Putera amat bersimpati dengan pekerja-ladang dan estet. Besarlah harapan kita agar YB.Datuk Noh Omar,Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani memberi perhatian atas perkara ini.

RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan