BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

"Inilah Sumpah Sepenuh Rela Darah Dan Nyawa........."

Isnin, 10 Mei 2010

Remaja diingat jangan lari semasa ditahan polis : Ketua Polis Daerah






Remaja dan orang ramai dinasihatkan agar tidak melarikan diri semasa ditahan oleh polis samaada di sekatan jalanraya atau di mana-mana. Nasihat ini diberikan oleh Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Tuan Ibrahim Md Aris dalam satu majlis dailog Polis Bersama Rakyat yang dianjurkan oleh MCA Bahagian Ayer Hitam dan 5 Persatuan Cina baru-baru ini di Restoren Hock Hua,Yong Peng.
Turut Hadir dalam majlis tersebut YB.Dr.Wee Ka Siong Ahli Parlimen Ayer Hitam dan YB.Puan Lim Kee Moi, ADUN Yong Peng.

Nasihat ini diberikan agar seseorang itu tidak disyaki sebagai penjenayah dan mengelakkan sesuatu perkara buruk berlaku akibat tindakan lari dari polis sepertimana kes yang berlaku baru-baru ini di Selangor dimana seorang Remaja mati ditembak polis gara-gara lari daripada ditahan polis.

Polis akan sentiasa bersikap profesional dalam menjalankan tugas, maka masyarakat juga seharusnya tidak perlu takut dengan polis sekiranya mereka bukan penjenayah.

Sementara itu, YB.Dr, Wee Ka Siong menasihatkan ibubapa sentiasa menasihati para remaja agar mengambil lesen memandu dan memakai topi keledar semasa memandu motosikal. Sikap sentiasa mematuhi peraturan akan dapat mengatasi peningkatan bilangan kemalangan yang mungkin boleh kehilangan nyawa orang tersayang. Beliau yang juga Timbalan Menteri Pelajaran meminta ibubapa dan guru agar memastikan pelajar yang menunggang motosikal ke sekolah sentiasa memakai topi keledar semasa menunggang motosikal samaada kesekolah atau kemana-mana.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan