BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

"Inilah Sumpah Sepenuh Rela Darah Dan Nyawa........."

Isnin, 10 Mei 2010

Gotong-Royong merentas jalan kampong Melayu River








UMNO bahagian Ayer Hitam bersama-sama membantu penduduk bergotong-royong "merentas dan mengukur" jalan baru kampong Melayu River di Yong Peng pada 9 Mei 2010 lalu.

Program yang diatur penduduk kampong yang selama ini memerlukan jalan perkampongan sendiri itu amat beerti kepada penduduk. AJK UMNO Bahagain Ayer Hitam dan Pemuda yang diketuai Setiausaha UMNO bahagian, Sdr Abd Halid Saat turut terpanggil untuk membantu merealisasikan hasrat penduduk kampong turut sama membantu.

Kita doakan agar hasrat penduduk Kampong Melayu river ini untuk mempunyai jalan Kampong senditi akan tercapai dengan komitmen semua pihak termasuk jabatan terlibat.Selama ini penduduk kampong ini menumpang guna jalan milik Ladang River, Maka ini adalah titik permulaannya bagi melaksanakan cita-cita penduduk kampong. UMNO Bahagian akan sentiasa membantu masyarakat bersesuaian dengan konsep yang di pegangnya UMNO JUARA RAKYAT...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan