BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

"Inilah Sumpah Sepenuh Rela Darah Dan Nyawa........."

Khamis, 27 Mei 2010

MIC harus Pecat Anak Samy Vellu dan Ketua Pemuda


MIC seharusnya bertanggungjawab sepenuhnya mengambil tindakan keatas anak Presiden parti itu Veell Paari dan Ketua Pemudanya T.Mohan atas keanggkuhan dan kebiadapannya terhadap UMNO.
Kebiadapan dua orang kuat MIC ini sudah keterlaluan dan MIC jangan bersikap double standard dalam mengambil tindakan terhadap ahlinya.
Kalau Naib Ketua Pemudanya boleh dianggap melakukan kesalahan yang besar dan dipecat sebelum dihadapkan ke lembaga disiplin hanya kerana mendesak Samy Velu meletakkan jawatan secepat mungkin.

Kesalahan Vell Paari dan T.Mohan jauh lebih besar. Maka sewajarnya orang yang biadap seperti ini dihumban keluar dari parti MIC. Mereka harus sedar mereka berdua ini bukan saja dalam parti MIC tetapi mereka juga berada dalam Barisan Nasional. Orang seperti T.Mohan dan Vell Paari ini hanya layak duduk bersama pemimpin-pemimpin pembangkang. Mereka boleh BERAMBUS dari parti Barisan Nasional.

T. Mohan juga diingatkan jangan cuba nak mengugut untuk mengkaji kedudukan MIC dalam Barisan Nasional. Anda tidak perlu mengkaji tetapi anda dipersilakan BERAMBUS dari Barisan Nasional.

Kita percaya akar umbi kaum india akan kembali menyokong parti-parti lain berasaskan kaum india dalam yang ada dalam Barisan Nasional jika MIC Berambus dari Barisan Nasional.
Sebenarnya kaum india sudah muak dengan pimpinan Samy Velu, Jadi jika Samy Velu dan kuncu-kuncunya tidak ada dalam Barisan nasional maka orang india akan kembali menyokong Barisan Nasional kerana mereka sedar dan tahu hakikat sebenar bagaimana kaum india mendapat peluang dan ruang untuk hidup dalam kesejahteraan dan merebut peluang kejayaan dalam semua bidang di dalam negara ini.

Jadi..tunggu apa lagi..?

MIC PECAT dua ekor sang biadap ini atau lebih baik MIC keluar daripada Barisan Nasional sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan