BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

"Inilah Sumpah Sepenuh Rela Darah Dan Nyawa........."

Isnin, 17 Mei 2010

Keputusan PRK Sibu: SAH... Orang Cina tolak BN !!!

Kekalahan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Sibu semalam mengeSAHkan bahawa sebahagian Besar orang Cina tidak menyokong Barisan Nasional lagi.

Dengan keputusan yang menjelaskan senario sebenar politik Malaysia hari ini bahawa Kaum Cina bukan lagi terdiri daripada penyokong Barisan nasional tulin, maka UMNO harus melihat perkara ini secara serius.

Kebanyakkan orang Melayu menyimpan rasa sakit hati bila kerajaan menyalurkan jutaan ringgit untuk kepentingan kaum Cina dalam pilihanraya-pilihanraya kecil yang dilalui. Namun orang Melayu terutama penyokong UMNO bersangka baik kerana sememangnya kita akui akan hak kaum-kaum lain termasuk kaum Cina.

Tapi dengan perkembangan terbaru dari Sibu, Maka UMNO mahu tidak mahu seharusnya tidak terlalu lagi memanjakan kaum Cina berlebihan.
Tidak perlu lagi untuk memberi kelebihan kepada Parti MCA yang jelas gagal menarik kepercayaan kaum cina.
Kepercayaan yang kita berikan kepada kaum Cina hari ini telah dikhianati dengan tidak menyokong Barisan Nasional oleh kaum itu.

Jadi, Berhenti dan cukuplah...
Dah terlalu banyak kita beralah kepada bangsa Cina, parti MCA..tapi kesetiaan mereka sudah hilang..
Cukup...tiada sandiwara lagi yang harus kita tonton daripada kaum ini..

Kita mahu MCA dan kaum Cina buktikan kesetiaan mereka dahulu..
UMNO toidak perlu bimbang, kerana orang Melayu telah mula kembali bertaut dan memberi kepercayaan kepada perjuangan kita. Mereka yang dahulu memihak kepada pembangkang setelah dikelirukan telah kembali sedar dan insaf akan perjuangan suci UMNO untuk membela kepentingan Agama Islam,Bangsa Melayu dan seluruh rakyat dalam negara tercinta bernama Malaysia ini..

Percayalah wahai pemimpin seperjuangan yang berada di puncak..orang Melayu dari hari ke sehari terus berpaut dalam wadah perjuang kita (UMNO). Jadi, jangan lagi kita mengharapkan pihak yang jelas terbukti tidak setia, pandanglah orang Melayu yang membela PERJUANGAN KITA.. Mereka adalah akar umbi MELAYU...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan