BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

"Inilah Sumpah Sepenuh Rela Darah Dan Nyawa........."

Isnin, 26 September 2011

UMNO jangan terperangkap dengan bunga perpecahan pembangkang.. Ia sekadar BUNGA API yg dilihat cantik tetapi tetap merbahaya...

UMNO jangan sesekali terperangkap dengan bunga-bunga perpecahan pembangkang. Pemimpin dan ahli UMNO seharunya meneruskan usaha memperbaiki segala kelemahan yg ada dari semua sudut dan tidak perlu melayan atau mengambil peduli pergerseran antara PAS dan DAP.
Agenda mentransformasi UMNO mesti diteruskan. Usaha mendampingi rakyat terus dipergiat dan tanggungjawab membantu rakyat dilipatgandakan sepertimana yg telah dilakukan sekarang ini. Pemimpin UMNO dan BN tidak perlu melihat pergeseran mahupun perpecahan pembangkang sebagai satu kelebihan yg membantutkan usaha dan peranan yg sepatutnya dilakukan terhadap rakyat.
Dalam politik, semua kemungkinan boleh berlaku, namun mengharap jalan mudah bukan satu yang baik untuk dilakukan. Teruskan usaha kerana rakyat akan terus melihat dan menilai bahwa usaha murni Perdana Menteri benar-benar dijejaki pemimpin bawahan .
Anggap sahaja pergeseren dan bunga-bunga perpecahan pembangkang itu ibarat BUNGA API..walaupun cantik tapi ia tetap PANAS dan BERBAHAYA..
Dan kemungkinan situasi ini sengaja direkacipta untuk menghayalkan UMNO adalah sesuatu yang tidak mustahil bagi pembangkang. Perkara sedemikian bukan pertama kali berlaku, UMNO tidak harus terperangkap.Mungkin sahaja ia dicipta kerana untuk menghayalkan UMNO yang sedang terus berkerja untuk rakyat terutama dengan kegigihan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak yang tidak pernah berhenti untuk "menyentuh" hati rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan