BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

"Inilah Sumpah Sepenuh Rela Darah Dan Nyawa........."

Selasa, 20 September 2011

Suara Inspirasi Malaysia-SIM akan terus melangkah membantu Barisan Nasional mencapai kecemerlangan PRU 13

Assalamualaikum wbh..
Pertubuhan Suara Inspirasi Malaysia- SIM akan terus mengatur langkah membantu kerajaan Barisan Nasional menghadapi pilihanraya umum ke 13.
Komitmen kita amat tinggi dalam menterjemahkan usaha ini dan saya penuh percaya semua EXCO SIM akan memainkan peranan bagi merealisasikannya.
Zainudin Mohidin-Presiden SIM

Buat masa ini, sebagai pertubuhan yang berdaftar yang telah diluluskan pendaftar pertubuhan ROS,langkah awal SIM adalah untuk mengadakan mesyuarat Agong Pertamanya pada 30 Oktober 2011 sepertimana yg telah diputuskan dalam mesyuarat EXCO SIM pada 18hb lalu di kuala Lumpur.
Dan selepas itu SIM akan terus melangkah secara berhemah di dunia reality dgn program "sentuhan rakyat" disamping berjuang di dunia maya.
Kami mengalu-alukan sokongan semua pihak untuk bersama-sama dalam perjuangan sebuah bangsa yang bermaruah dan sebuah Negara berdaulat.
-Presiden Suara Inspirasi Malaysia-SIM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan