BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

"Inilah Sumpah Sepenuh Rela Darah Dan Nyawa........."

Selasa, 1 Mac 2011

Persidangan UMNO Cawangan-cawangan bermula hari ini. SELAMAT BERSIDANG

Bermula hari ini UMNO cawangan-cawangan seluruh negara akan mula mengadakan persidangan cawangan masing-masing sehingga 15 April 2011.
Persidangan peringkat sayap juga berlangsung dalam tempoh yang sama.

Untuk julung kalinya, terdapat sedikit perubahan tentang pemilihan perwakilan cawangan pada persidangan kali ini. Sebelum ini hanya Ketua cawangan sahaja secara otomatik menjadi perwakilan cawangan dan lainnya dipilih mengikut jumlah ahli cawangan.
Namun bermula pada tahun ini semua ketua sayap Pemuda,Wanita dan Puteri serta Setiausaha cawangan terpilih secara otomatik bersama ketua cawangan dan perwakilan yg dipilih mengikut jumlah ahli sesebuah cawangan, iaitu seorang perwakilan bagi setiap 50 ahli.
Sayap-sayap parti juga jumlah perwakilan bertambah dimana ketua,naib ketua,setiausaha secara otomatik terpilih sebagai perwakilan cawangan kepersidangan peringkat bahagian disamping 2 perwakilan yg dipilih.

Berikutan itu, jumlah ahli persidangan semua peringkat ke persidangan Bahagian akan bertambah dari tahun sebelumnya mungkin sekali ganda atau lebih.

UMNO Cahaya Putera mengucapkan SELAMAT BERSIDANG kepada semua UMNO cawangan-cawangan dalam Bahagian Ater Hitam khasnya dan UMNO cawangan di seluruh negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan