BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

"Inilah Sumpah Sepenuh Rela Darah Dan Nyawa........."

Rabu, 2 Mac 2011

Pemimpin UMNO diingat jangan sombong.


Pemimpin UMNO diingat jangan bersikap sombong apabila sudah bergelar Ketua bahagian, Wakil Rakyat,EXCO mahupun Menteri.
Mereka harus ingat bahawa duduknya mereka di peringkat yang sedia ada sebagai pemimpin adalah diatas sokongan orang bawah yang terdiri daripada orang miskin,sederhana,kaya dan pelbagai lapisan kerjaya samaada profesional,penjawat awam,swasta mahupun yg bekerja sendiri.
Rakyat tidak meminta mereka sentiasa dibelai dan ditatang namun rakyat juga tidak mahu terus ditinggal dan di abaikan.
Begitunjuga dengan ketua-ketua cawangan yang menjaga akar umbi. Mereka harus sentiasa diambil peduli dengan selalu menghubungi mereka,bertanya khabar dan sebagainya. Kalau tak sempat datang jumpa dan turun singgah kerumah,apa salahnya sekali sekala buang 20-30 sen membuat panggilan telefon kepada ketua-ketua cawangan yang sudah semestinya orang yang paling hampir dengan pengundi ini.
Jangan lah nanti dah hampir ada pemilihan atau pilihanraya barulah Ketua Cawanagn ni dilihat macam pokok yang berbuah emas sedangkan sebelum ini gulungan ini dilihat macam pokok getah tua yg dah tak boleh ditoreh lagi kerana tak boleh keluarkan getah.
Ingatlah..tanpa sokongan yang kecil kita tidak akan menjadi pemimpin besar.

1 ulasan: