Kerajaan tidak boleh lagi berlembut terhadap pelajar-pelajar universiti awam yang terang-terangan menyokong pembangkang dalam kempen pilihanraya di mana-mana juga.
Rasanya dengan amaran sahaja tidak akan mendatangkan kesan malah mereka seolah mencabar kerajaan dengan sengaja. Ini dilihat sebagai sengaja "mencungkil" mata kita terutama kepada penyokong dan pendukung UMNO yang setia. Kita berhempas pulas dengan sukarela mempertahankan maruah bangsa dan mempertahankan hak mereka, mereka pula dengan biadap mahu segala yang kita beri kepada mereka digadaikan.
Kerajaan sepatutnya jangan lagi takut atau bersimpati dengan kelompok ini. Makan pun masih disuap kerajaan dah berani menggigit tangan yang memberi. Buang mereka dari IPTA..!!
Kita nak lihat parti yang mereka sokong seperti PAS,PKR atau DAP sanggup tak biayai mereka masuk ke IPTS...
Kita bukan bimbang dgn mereka, sebab usaha mereka menyokong pembangkang ttidak mampu untuk menarik sokongan pengundi menyokong pembangkang. Kalau makan masih bersuap jangan nak ajar org tua yang sudah banyak tanggungjawab.
Tapi kita tidak mahu bila mereka keluar dgn kejayaan yang kerajaan berikan,mereka akan lebih kurang ajar. Mereka ini sekarang pun dah tak reti bersyukur, bayangkan kalau mereka sudah berjaya.
Oleh itu, kerajaan harus BUANG mereka dari IPTA jika terbukti mereka terlibat. Ini akan jadi pengajaran kepada mereka sendiri dan teman-teman mereka.
Jangan terlalu berlembut, ini bukan kali pertama dan mereka tidak akan berhenti. Buang mereka dan ambil anak-anak melayu yang tahu bersyukur tapi masih tidak berpeluang belajar seperti mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan