Saya bersama Sis Dieda dan kumpulan bermotor KL di satu pertemuan di Ampang 16/12/2010
Andainya anak-anak muda sering didampingi pemimpin setempat atau mereka yang lebih dewasa sudah tentu mereka akan menjadi pewaris bangsa yang amat bernilai untuk negara ini. Hendaknya kita terutama pemimpin-pemimpin atau warga yang lebih dewasa jangan mudah meletakkan gulungan seperti mat-mat motosikal mahupun mereka-mereka yang melepak di pusat-pusat beli-belah dan seumpamanya sebagai kelompok yang dipandang hina dan sentiasa diperkecilkan serta dipinggirkan.
Kita tidak menolak perlakuan sumbang harus kita tentang habis-habisan namun dalam masa yang sama apakah kita pasti pendekatan yang kita gunakan selama ini berkesan memastikan ia tidak berlaku, bagaimana untuk kita menarik perhatian gulungan muda ini agar menolak perlakuan yang tidak bermoral atau sumbang.
Kita mungkin sekadar mengiklankan dalam media massa mahupun banner-banner namun adakah ia cukup berkesan.
Dalam hal ini saya tertarik dengan pendekatan Dieda Shaharudin atau lebih dikenali dengan gelaran "Sis D"..
Saya sedia mendekati Sis Dieda dan mendapati beliau mempunyai jiwa penyayang terhadap anak-anak bangsanya. Dengan mendekati gulungan ini dan sentiasa memberikan sokongan moral saya dapati gulungan ini berasa dihargai dan dalam masa sama mampu menjadi kumpulan yang mempunyai moraliti tinggi dan berhemah.
Seharusnya pendekatan Sis Dieda ini dijadikan contoh terbaik kepada kelompok pimpinan muda mengikuti jejak langkah Sis Dieda.
Langkah dan aktiviti yang diatursusun seharusnya disokong oleh pihak-pihak yang berkenaan terutama dari pihak kerajaan.
Dalam masa sama insyaAllah gulungan anak muda ini akan dapat disatukan menjadi kelompok muda yang berhemah dan mengerti erti kehidupan sebenar sebelum melangkah ke alam kedewasaan yang penuh dengan tanggungjawab terhadap persekitaran hidup.
Tahniah kepada Sis Dieda..Saya sokongan perjuangan anda...!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan