BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

"Inilah Sumpah Sepenuh Rela Darah Dan Nyawa........."

Jumaat, 24 Disember 2010

jom ke felda



KARNIVAL JOM KE FELDA yang dianjurkan oleh Pertubuhan Usahawan Generasi Felda Malaysia (PUGFM) telah berakhir bagi sesi tahun 2010 di Felda Pertam, Bera Pahang pada 16 hingga 19hb Disember yang lalu.

Karnival yang diisi dengan pelbagai jualan,acara,persembahan,konsert hiburan mendapat sambutan menggalakkan daripada warga felda setempat dan harus disokong oleh semua pihak yang terlibat terutama bagi pihak felda itu sendiri.

Apa yang saya lihat,Karnival tersebut tidak semata-mata berunsur perniagaan tetapi pelbagai pengisian yang boleh dipuji seperti pengisian program Forum Agama,pertandingan Azan, lawatan serta sumbangan kepada warga emas dan kurang upaya juga diutamakan.

Acara sukan rakyat dan acara-acara berbentuk pertandingan yang disertai oleh warga felda menyerukan dan memeriahkan lagi suasana. Disamping itu gelagat dan telatah artis pelawak-pelawak daripada kumpulan raja lawak seperti "Mie" dan "Taukey" serta rakan-rakan memberikan kita satu suasana yang amat menceriakan.

Program juga diisi dengan konsert hiburan oleh artis-artis tanahair yang dibawa oleh Muzik FM. Ini memberikan peluang kepada warga felda menyaksikan sendiri kehebatan persembahan artis tanahair dari dekat.

Di edisi akhir Kaarnival JOM KE FELDA 2010 di felda Pertam itu saya dapatai wakil-wakil rakyat kawasan itu turut sama hadir bermesra dengan rakyat. Ini memberikan peluang wakil rakyat bertemu dan bersua dengan rakyat secara langsung tanpa protokol bersesuaian dengan konsep rakyat didahulukan. Sekalung Tahniah kepada wakil rakyat yang terlibat di Pertam.

Tahniah Kepada PUGFM yang menganjurkan Karnival JOM KE FELDA ini terutama kepada En.Hafizan Hassaan selaku Timbalan Presiden PUGFM yang juga Pengarah Projek PUGFM-Jom Ke Felda yang merupakan orang kuat bagi memastikan setiap edisi karnival yang diadakan berjaya dengan cemerlang. Juga termasuk krew-krew mereka.

Semoga pihak Felda akan terus memberikan kerjasama dalam merealisasikan usaha murni PUGFM ini di edisi 2011 yang dujangka bermula pada bulan February 2011.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan