BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

"Inilah Sumpah Sepenuh Rela Darah Dan Nyawa........."

Jumaat, 24 Disember 2010

1 Malaysia Racun pembunuh cita-cita Anwar dan Pakatan Rakyat



Tindakan kerajaan Pakatan Rakyat selangor mengeluarkan arahan mengharamkan penggunaan logo 1 Malaysia adalah satu bukti nyata selama ini Pakatan rakyat memang bermain dengan retorik pembohongan besar terhadap rakyat. bagaimana gagasan 1 Malaysia yang nyata merupakan satu idea penyatuan dan perpaduan rakyat ditolak Pakatan Rakyat.

Selama ini suara mereka mendendangkan slogan Samarata-samarasa...
Kita tahu slogan itu tidak mungkin dapat dilaksanakan ketika ini dan mereka juga tahu, tetapi untuk menipu rakyat dengan dakyah tidaak logik itu mereka nyayikan untuk membawa rakyat kearah kehancuran perpaduan yang sekian lama terbina.

Kini gagasan 1 Malaysia yang dicipta untuk kesinambungan perpaduan rakyat berbilang bangsa ini ditolak Pakatan Rakyat. Ini menunjukkan bahawa apa yang mereka laungkan selama ini adalah pembohongan semata-mata. Bukti Pakatan Rakyat yang di ketuai Anwar Ibrahim pembohong nombor wahid dalam negara ini.

Apa yang jelas hari ini.. Pakatan Rakyat amat takut dengan slogan dan gagasan yang tercipta dan sedang bergerak menuju destinasi kejayaan. Rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini semakin hari semakin dapat menerima malah menyokong usaha kejayaan konsep gagasan 1 malayssia ini.

Terkedu dan terpukul dengan penerimaan rakyat terhadap 1 Malysia ini, maka Pakatan Rakyat menganggap 1 Malaysia bakal menghancurkan cita-cita mereka. Anwar Ibrahim adalah orang yang paling takut dengan kejayaan 1 Malaysia kerana sudah terbayang dihadapan mata cita-cita untuk menjadi perdana menteri sudah semakin kabur dan hampir terkubur..

Kepada Rakyat Malaysia semua..
Ayuh kita menyokong 1 Malaysia
untuk kesinambungan negara Malaysia
negara perpaduan yang aman,makmur,maju dan sejahtera.

Hidup 1 Malaysia...!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan