BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

"Inilah Sumpah Sepenuh Rela Darah Dan Nyawa........."

Jumaat, 4 Februari 2011

Apakah Revolusi Mesir 2011 ini satu kejayaan Rakyat Mesir...???.. ATAU kejayaan musuh islam..

Gelombang gerakan rakyat atau digelar barat Egypt Revolution 2011 berlaku seminggu sudah. Ratusan ribu rakyat Mesir keluar merusuh dengan satu matlamat untuk menurunkan pemimpin mereka Husni Mubarak yang telah tiga dekad memimpin negara Arab ini. Mesir yang dianggap antara sebuah negara maju dikalangan negara arab kini lumpuh akibat kebngkitan rakyat yang tiba-tiba memberontak.
Pelik sungguh kan...
Secara peribadi, bagi saya apa yang dinamakan Revolusi Rakyat Mesir ini adalah satu game yang telah lama dirancang dengan begitu rapi. Ia adalah "perancangan Berangkai" yang di atur oleh tangan-tangan kotor musuh islam. Bagaimana Afghanistan dijajah dengan cara yg "berhemah"..melarat ke Iran dan kini singgah di Mesir.
Husni Mubarak yang selama ini menjadi sekutu Amerika dari kalangan pemimpin Arab terlalu leka dgn layanan barat terhadapnya kini layu ditangan rakyatnya sendiri.
Inilah akibat apabila seorang pemimpin mengangungkan kehebatan kuasa barat dan sudah tentu dilayan dengan baik tanpa di sedari memakan diri sendiri.
Jatuh sekalipun Mubarak..tumbanglah kerajaan Mesir dibawah pimpinannya, ia hanya menjadi satu catatan sejarah..tetapi persolaanyanya, adakah benar sejarah ini betul-betul satu kemenangan rakyat Mesir ???
Persoalan itu harus kita kaji,kita nilai dan kita insafi...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan