BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

"Inilah Sumpah Sepenuh Rela Darah Dan Nyawa........."

Selasa, 15 Februari 2011

3000 Hadir Perarakan Sambutan MaulidurRasul Ayer Hitam

Lebih 3000 orang telah membanjiri tapak Balai Polis lama Ayer Hitam seawal jam 7.00pagi bagi menyertai perarakan Sambutan MaulidurRasul SAW hari ini.
Peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah agama,Sekolah menengah,PLKN Sembrong,JKKK,UMNO cawangan dan penduduk sekitar Ayer Hitam berjalan dengan teratur dan begitu meriah dengan seruan shalawat keatas Nabi Muhammad sepanjang laluan perarakan tersebut.
Disamping Perarakan dari Tapak Balai Polis Lama Ayer Hitam ke Perkarangan Masjid Sultan Ibrahim, Ayer Hitam. Majlis Perasmian telah dilakukan oleh YB.Datuk SamsolBari Bin Jamali,Ketua UMNO Bahagian Ayer Hitam.
Dalam pada itu diperdengarkan Bacaan Al-Qura,Bacaan Rawi dan Persembahan Nasyid Dari Sekolah Menengah Datuk Menteri, Ayer Hitam.



Kemuncak program adalah Ceramah Agama yang di sampaikan oleh Y.Bhg Ustaz Dr.Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan Universiti Pertahanan Nasioanal.

3 ulasan:

  1. TAHNIAH!!!!!!!!!!!!!!salam maulidur rasul......dr generasi muda ke dewasa menyertai perarakan..smoga ianya berkerus n berkekalan hingga ke generasi seterusnga....

    BalasPadam
  2. Apa kata UMNO Cawangan/Bahagian tuan anjur ceramah bertajuk KETUANAN MELAYU MENGIKUT ULAMA NUSANTARA. Dalam tajuk ini, kita akan faham bahawa UMNO tanpa sedar telah melaksanakan segala nasihat ulama-ulama besar Melayu dahulu kala. Maka sebab itulah Allah SWT pelihara UMNO hingga kekal relevan ke hari ini berbanding PAS. Kita juga akan faham bahawa perjuangan melalui bangsa adalah sunnah Rasulullah SAW dan memahami kesesatan aqidah Nik Aziz dari sudut ilmu yang dibahaskan dalam kitab-kitab Ahlu Sunnah Wal Jamaah. Sila layari nota asal ceramah (sebelum dipinda ke tajuk di atas)
    http://www.docstoc.com/docs/55052418/Bangsa-Melayu-Mengikut-Ulama-Ahlu-Sunnah-Wal-Jamaah

    Mohd Fadhil bin Musbah al-Marwa ialah seorang guru pondok berumur 42 tahun yang berasal dari Sungai Merab, Kajang. Datuk mertua beliau ialah Tuan Haji Hamid Kajang, pengasas Maa’had Hamidiah Kajang. Beliau adalah bekas pelajar Maktab Sains Sultan Ahmad Shah (1982-1986) yang memilih jurusan pengajian bersanad di Pondok Tunjuniah, Kota Bahru; Pondok Pasir Tumbuh, Kubang Kerian dan Pondok Kerandang, Besut. Pernah bertugas sebagai guru JAIS dan KEMAS. Beliau tidak mengenakan sebarang bayaran tinggi, memadailah disediakan saguhati yang mengambil kira duit tol, duit petrol dan duit makan. Beliau boleh dihubungi melalui anak muridnya, Ustaz Mohd Saiful A. Karim di talian 013-365 5715 atau 019-366 9741.

    BalasPadam
  3. InsyaAllah dan Terima Kasih.
    Akan berada dalam note kami.

    BalasPadam