BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

"Inilah Sumpah Sepenuh Rela Darah Dan Nyawa........."

Ahad, 22 November 2009

Program SUBUR bukti kerajaan BN sayangi rakyat

Program Subsidi Beras untuk Rakyat SUBUR yang akan dilaksanakan diawal disember 2009 ini merupakan satu lagi bukti bahawa kerajaan Barisan Nasional adalah sebuah kerajaan yang bukan sahaja prihatin terhadap masaalah dan kebajikan rakyat, malah ia lebih tepat di berikan gelaran KERAJAAN SAYANG RAKYAT.

Sudah menjadi satu kenyataan dan terbukti betapa kerajaan pimpinan parti Barisan Nasional tidak boleh lagi dibandingkan dengan lain-lain kerajaan dari parti-parti lain di Malaysia ini. Jauh sekali untuk dibandingkan dengan kerajaan 'angan-angan' yang dicipta oleh pakatan pembangkang DAP,PKR dan PAS.

Bukti didepan mata rakyat bagaimana sadisnya rakyat di Pulau Pinang yang mengizinkan DAP memerintah negeri itu..dengan pelbagai isu dan masaalah rakyat berlaku termasuk yang terbaru isu Kampong Buah Pala. Bagaimana tidak bijak dan gagalnya kerajaan PKR Selangor memerintah dengan isu-isu panas 'kepala babi',kuil hindu,ustaz ashari dan yang paling tidak masuk akal perlantikan Anwar sebagai penasihat ekonomi kerajaan Selangor..?!.. Bagaimana Menteri Besar Kelantan pimpinan 'Tok Guru Nyayok' Nik Aziz yang melantik menantu kesayangannya sebagai ketua eksukutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan PMBK.. MEMALUKAN...

Program SUBUR akan memberi manafaat kepada rakyat yang berpendapatan rendah ini tidak mudah untuk dilaksanakan oleh sebarangan kerajaan termasuk negara-negara maju.

Sudah terang segala-galanya...Rakyat yang tidak mahu mengakui kibajaksanaan dan kebaikan kerajaan Barisan Nasional adalah mereka yang malang..

Terima kasih kepada Kerajaan Barisan nasional dibawah pimpinan YAB.Dato' Seri Najib Tun Razak..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan