BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

"Inilah Sumpah Sepenuh Rela Darah Dan Nyawa........."

Ahad, 19 Mei 2013

Pemimpin wajib DAHULUKAN Penyokong setia dahulu..

Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri serta semua Menteri,Timbalan Menteri,Menteri Besar,EXCO,Ahli Parlimen,ADUN dan semua pemimpin UMNO kena TEGAS mulai sekarang... Dahulukan penyokong BN dahulu...Jangan nak main wayang ambik hati semua orang hanya nak cari popular.. Puak yang sokong Pembangkang ni bukan reti berterima kasih.. Selama ini Penyokong UMNO terlalu banyak makan hati kerana pemimpin lebih dahulukan negeri Pembangkang,Penyokong Pembangkang,kawasan Hitam sedangkan Penyokong dan negeri UMNO kuat ditinggalkan dan dikemudiankan.. Berapa banyak peruntukan kerajaan bagi pada Negeri Kelantan dan Selangor.. Orang Kelantan dan Selangor seronok bila kalah...Sana sapu sini sapu..Dan mereka rasa Kalah BN banyak untung dari BN Perintah.. Akhirnya selamanya lah BN hanya menabur wang tapi undi terus diberi kpd pembangkang.. UBAH sikap dan DAHULUKAN yang sokong kuat UMNO dahulu...Faham kan..!! Kalau tak faham jugak tak tahu lah.... Secara peribadi saya sokong langkah DS Najib dalam melantik barisan kabinet. DS Najib nampaknya mengguna pakai kaedah yang berjaya dan memberi sumbangan didahulukan. Sarawak dan Sabah diberikan banyak kerusi kabinet, Bersesuaian dgn kemampuan rakyat Sarawak dan Sabah menyumbang besar kerusi kepada BN. Saya orang Johor,dahulu Johor menyumbang besar kerusi BN, maka Johor dianugerahkan banyak kerusi kabinet. Sekarang Johor jugak merosot, maka sudah pasti rakyat dan penyokong Bn Johor menerima secara terbuka hakikat kemerosotan ini. Rakyat dan Penyokong BN Selangor jangan memberontak kerana tak ada wakil sebagai Menteri, anggaplah ia sebagai satu cabaran yang harus di sahut oleh rakyat Selangor sendiri. Keputusan teruk Selangor bukan salah orang lain. Maka Rakyat Selangor harus terima hail keputusan yang mereka buat sendiri...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan