CAHAYA PUTERA
UMNO CAWANGAN CAHAYA PUTERA BAHAGIAN AYER HITAM. JOHOR DARUL TAQZIM
BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT
"Inilah Sumpah Sepenuh Rela Darah Dan Nyawa........."
Sabtu, 25 Mei 2013
Anwar and the Gang Nak dia ditangkap untuk beri laluan campurtangan kuasa luar
Keghairahan Anwar Ibarahim untuk menjadi PM denagn banguan dan campurtangan Asing semakin menyerlah dengan tindak-tanduknya serta pemimpin pembangkang yang terus menghasut rakyat utk menumbangkan kerajaan dgn cara tidak sah atau dengan cara kekerasan ala "Malaysia spring" ..
Mereka semakin terus mencabar polis untuk menangkap mereka.. dan jika mereka di tangkap, maka itu lah yang mereka mahu supaya kuasa asing campurtangan atas alasan Kerajaan zalim kerana menangkap pemimpin pembangkang...
Kepada rakya Malaysia..jangan salah anggap..mereka ditangkap untuk disisat dan akan dibebaskan sebelum melalui proses pendakwaan dimahkamah...
Kerajaan Malaysia adalah satu-satu kerajaan yang paling lembut dalam tindakan mengatasi petualang-petualang seperti mereka..
Dan pihak luar....Jangan dok sibuk mencampuri urusan negara ini...
Jaga negara anda sendiri yang belom tentu demokrasinya lebih baik dari Malaysia...
Majistret Pun Nak Berpolitik...???
Pelik...tapi ia sudah berlaku...
Dan apakah akan terus berlaku...menjadi satu tanda tanya dan persoalan...
Majistret yang diberikan kuasa untuk mengeluarkan kebenaran kepada polis untuk menahan dan mereman dengan tujuan melakukan penyiasatan lanjut sudah mula berbuat sesuatu yang diluar biasa. Permohonan polis untuk mereman seseorang buat julungkalinya di tolak atas sebab yang amat tidak jelas.
Mengapa ini boleh dilakukan oleh seorang majistret..?? Hanya tuan punya badan yang mampu menjawab..
Namun ini merupakan satu keputusan yang akan membawa implikasi besar kepada masyarakat apatah lagi ia berlaku dalam suasana kehangatan satu pihak yang sedang bermain politik..!!
Apakah majistret tersebut juga sedang asyik dengan dendangan lagu politik pihak tertentu dan sedang kemaruk untuk memasuki gelanggang politik...?? Kalau benar, ia sangat mengaibkan bukan saja kepada tuan punya badan, malah institusi yang dwakilinya.
Satu perkara yang Harus diingat, permohonan reman bukan untuk menjatuhkan hukuman...!!!
Jadi, apakah makna sebenar daripada tindakan majistret tersebut...??
Sama-sama kita lihat dan dengar dendangan lagu seterusnya....
Ahad, 19 Mei 2013
Pemimpin wajib DAHULUKAN Penyokong setia dahulu..
Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri serta semua Menteri,Timbalan Menteri,Menteri Besar,EXCO,Ahli Parlimen,ADUN dan semua pemimpin UMNO kena TEGAS mulai sekarang...
Dahulukan penyokong BN dahulu...Jangan nak main wayang ambik hati semua orang hanya nak cari popular..
Puak yang sokong Pembangkang ni bukan reti berterima kasih.. Selama ini Penyokong UMNO terlalu banyak makan hati kerana pemimpin lebih dahulukan negeri Pembangkang,Penyokong Pembangkang,kawasan Hitam sedangkan Penyokong dan negeri UMNO kuat ditinggalkan dan dikemudiankan..
Berapa banyak peruntukan kerajaan bagi pada Negeri Kelantan dan Selangor.. Orang Kelantan dan Selangor seronok bila kalah...Sana sapu sini sapu..Dan mereka rasa Kalah BN banyak untung dari BN Perintah..
Akhirnya selamanya lah BN hanya menabur wang tapi undi terus diberi kpd pembangkang..
UBAH sikap dan DAHULUKAN yang sokong kuat UMNO dahulu...Faham kan..!!
Kalau tak faham jugak tak tahu lah....
Secara peribadi saya sokong langkah DS Najib dalam melantik barisan kabinet.
DS Najib nampaknya mengguna pakai kaedah yang berjaya dan memberi sumbangan didahulukan. Sarawak dan Sabah diberikan banyak kerusi kabinet, Bersesuaian dgn kemampuan rakyat Sarawak dan Sabah menyumbang besar kerusi kepada BN.
Saya orang Johor,dahulu Johor menyumbang besar kerusi BN, maka Johor dianugerahkan banyak kerusi kabinet. Sekarang Johor jugak merosot, maka sudah pasti rakyat dan penyokong Bn Johor menerima secara terbuka hakikat kemerosotan ini.
Rakyat dan Penyokong BN Selangor jangan memberontak kerana tak ada wakil sebagai Menteri, anggaplah ia sebagai satu cabaran yang harus di sahut oleh rakyat Selangor sendiri. Keputusan teruk Selangor bukan salah orang lain. Maka Rakyat Selangor harus terima hail keputusan yang mereka buat sendiri...
Isnin, 13 Mei 2013
Titipan Untuk Anak Muda Melayu: Seminit Untuk Masadepan Yang Panjang
Anak Melayu kena insaf dan sedar. Semakin Maju negara ini semakin kaya lah bangsa Cina. Semakin Maju Negara ini semakin kita mampu berdaya saing dalam mengejar posisi ekonomi. Semua ini telah dilakukan sebelum ini oleh kerajaan Barisan Nasional yang diterajui UMNO. Kerajaan Barisan Nasional yang menempatkan Melayu punya kuasa pentadbiran. Walaupun kuasa itu dikongsi dgn prinsip Kongsi Kuasa, namun Kita harus sedar, UMNO yakni Melayu melaksanakan dasar kongsi kuasa secara berhemah dan Adil. Ia telah diterimapakai dengan baik oleh semua rakan-rakan dalam pakatan Barisan Nasional. Dengan kebijaksanaan dan sikap adil yang berhemah itu, maka Melayu terus mampu bersaing walaupun mustahil untuk kita mengejar kuasa ekonomi bangsa Cina. Itu bukan satu masaalah kerana selangkah mereka kedepan selangkah juga kita maju. Itulah yang dinamakan adil.
Tetapi, dasar dan konsep perkongsian ini telah di"ratah" secara senyap dalammkerakusan oleh mereka yang didalangi kelompok rasis yang sangat tidak senang dengan kemampuan persaingan Melayu. Kelompok Cina DAP dalam senyap akhirnya mampu mengusai minda kaum Cina untuk membunuh keadilan yang dicipta. Maka, terjadilah suatu malapetaka yang dinamakan "TSUNAMI CINA" dalam proses pilihanraya ke 13 lalu. Orang Cina secara senyap menodai prinsip perkongsian Barisan Nasional kerana mereka termakan dengan pujukan dan keghairahan DAP yang percaya kerajaan UMNO kali ini akan pasti tumbang,dan kuasa Melayu akan hilang.
Alhamdulillah, walaupun masih ada segelintir Melayu yang sanggup diperkudakan oleh sekutu-sekutu DAP seperti PAS dan Melayu yang berada dalam sangkar PKR. Allah masih menunjukkan kepada kita bahawa DIA masih menyayangi Melayu dan kerajan Milik Melayu Islam ini.
Barisan Nasional, Keajaan Melayu dan Kerajaan Islam ini terselamat daripada gerombolan pakatan yang mahu menumbangkan dan menghapuskan kuasa Melayu.
Ia tidak akan berhenti disini, musuh terus menyerang dgn pelbagai sudut usaha agar Kuasa dan kerajaan Melayu ini tumbang, mereka tidak mungkin akan berjaya selagi Melayu mahu mempertahankannya.
Maka, menjadi satu kewajiban kepad Melayu..mempertahankannya dari gerombolan rakus ini.
Melayu kena ingat, Hanya kerana kuasa yang ada kita mampu bersaing menapak dan melangkah menuju kejayaan dan kecemerlangan terutama dari sudut ekonomi.
Tapi, tanya pada diri sendiri...Tanya pada hati..Tanya pada akal yang waras tanpa setitik api dendam kesumat...
Apakah Melayu akan mampu bersaing menapak dan melangkah jika tiada kuasa ditangan dalam pentadbiran negara..?!!
Insaf lah.. Kuasa ini bukan milik kita untuk hari ini semata. Kuasa ini adalah untuk kita wariskan pada anak cucu di masa mendatang.
Jangan sampai sebelum kita mati, kita berkesempatan melihat ratapan anak Melayu dibumi sendiri..
Dikala itu, kita sudah tidak berkemampuan mungkin untuk mangangkat kaki untuk melangkah,.diwaktu itu kita mungkin sudah terlantar menunggu waktu dijemput Ilahi...
Kita akan berdosa,,kita pasti berdosa kerana menodai harapan anak cucu..kita yang membuat anak cucu meratap...
Oleh itu wahai anak Melayu.. Pulanglah kepangkal jalan.
Kembalikan kekuatan Melayu melalui perjuangan warisan Datuk nenek Ibu Ayah...
UMNO perlukan kamu..UMNO tidak rela anak Melayu mengkhianati perjuangan bangsa ini...
UMNO mesti diremajakan semula..UMNO memerlukan pejuang uang benar-benar menginsafi perjuangan Bangsa..UMNO tidak lahir dijalanan..UMNO tidak dilahirkan daripada nawaitu insan yang berdendam...UMNO lahir dari roh perjuangan Bangsa yang sedar mempertaruhkan jiwa dan raga demi masadepan bangsa yang bermaruah...Bangsa itu adalah Melayu, Melayu yang telah dan sedang menikmati nikmat hasil perjuangan perit jerih insan-insan yang kita sayangi dahulu..
Insaf,Sedar dan Bangkitlah wahai anak Muda Melayu...UMNO menanti kehadiran anak-anak Muda yang bersih lagi suci nawaitunya...
Tinggalkan mereka yang berjuang beralaskan mawaitu dendam..Tinggalkan mereka yang berjuang untuk kepentingan peribadi dan keluarga..hindari dari kaum yang membenci bangsamu sendiri...
Allah Bersama UMNO...
wallahualam....
Jumaat, 3 Mei 2013
Pesanan ikhlas buat Adik dan anak-anakku Melayu...
BismillahiRahmaniRahim....
SAYA harap anak-anak melayu sedar betapa pentingnya anda menggunakan hak anda sebagai pemilih (pengundi)...dan jauh lebih penting MEMPERTAHANKAN kerajaan melayu ini yg sedang di serang dengan hebat dan rakusnya oleh pembangkang untuk dijatuhkan...
Ingat adik-adik dan anakku...!!
Anak "ce ya nun alif" yg bekerja di singapura bergasak nak balik utk mengundi DAP dan disokong oleh pihak-pihak singapura... Mereka tak pernah tanya pasal duit minyak semua..mereka dah kempen,,dah talipon mak bapak mereka disini agar mengundi DAP....!!!
Insaflah...Kerajaan kita ini Kerajaan Melayu..kerajaan islam.,,kerajaan yg menjaga kita selama ini..kerajaan yg Adil berkongsi kuasa dengan kaum lain secara berhemah sehingga mampu memakmurkan dan mensejahterakan rakyat dan kita selama ini...kerajaan milik kita ini sedang nak dijatuhkan oleh DAP adik beradik PAP singapura... !!!
Adakah kita sanggup kehilangan kuasa kita sendiri...
Balik dan mengundilah BARISAN NASIONAL kalau rasa sayangkan nasib dan masa depan bangsa kita sendiri...kalau sayangkan dan tak mahu anak-anak kita MEREMPAT di TANAH MELAYU INI...!!
Nukilan ikhlas dariku...
Din Zeq Em
Presiden
Pertubuhan Suara Inspirasi Malaysia-SIM.
Jumaat 3 Mei 2013
Isnin, 22 April 2013
N20 SEMARANG: semarang akan terus Maju dengan Barisan Nasional
DUN N20 Semarang akan terus mampu dipertahankan BARISAN NASIONAL memandangkan kepesatan kampong-kampong didalamnya menikmati perubahan demi perubahan dalam menaiktaraf sisio Ekonomi dan kehidupan penduduknya.
Kemajuan demi kemajuan diperolehi hasil kewibawaan wakil rakyat DUN Semarang membolehkan pihak pembangkang seakan tiada isu untuk dibangkitkan bagi menyaingi Calun Barisan Nasional Datuk Samsolbari Jamali.
Datuk Samsolbari yang diberi kepercayaan mewakili Barisan Nasional untuk penggal ketiga adalah Ketua UMNO Bahagian Ayer Hitam. Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO Johor merupakan calun yang mampu terus membawa perubahan dan tranformasi sepertimana yang dikehendaki Presiden Parti YAB Dato' Seri Najib Tun Razak.
Rata-rata pengundi menganggap Parti Pembangkang iaitu PAS yang meletakkan calun yang sama tewas dalam pilihanraya lalu seakan tiada punca dan isu untuk dibangkitkan dalam kawasan. PAS hanya boleh menbur janji PR yang semua rakyat tahu ianya hanyalah Janji manis yang tak termampu dilaksanakan. Rekod PAS juga terlalu buruk di Kelantan sepanjang pemerintahan PAS selama lebih 20 tahun..
Jika dah diberi peluang berkuasa pun gagal membawa kemajuan dan taraf hidup rakyat kelantan, dimana pula rakyat harus percaya kepada PAS..???
Dan pengundi DUN Semarang sebenarnya dapat merasakan PAS menyertai pilihanraya di DUN Semarang ni seprti suka-suka aje...Tak ada isu dan calun yang mewakili PAS pun tidak mampu menidakkan kewibawaan Barisan Nasional dalam menjaga kepentingan penduduk Semarang.
N19 Yong Peng: Lim Kee Moi Pilihan Terbaik Calun Mesra Rakyat
LIM KEE MOI Calun Barisan Nasional Bagi Kawasan N19 Yong Peng adalah calun terbaik untuk diberikan peluang berkhidmat untukmpenggal ketiga. Beliau yang sebelum ini telah dua penggal memegang amanah parti merupakan seorang wakil rakyat yang sangat mesra rakyat. Boleh ditemui di majlis-majlis formal dan tidak formal. Rajin turun kepadang dan jarang mengecewakan jemputan rakyat. Beliau seringkali ditemui di majlis-majlis perkahwinan asal saja beliau di jemput.
Pengundi Yong Peng dah mesra dengan beliau. Tak kira warga Tiong Hua,Melayu mahupun India semua kenal nama Lim Kee Moi. Kemesraan beliau tidak boleh dinafikan, khidmat beliau kepada rakyat juga tidak pernah berhenti.
Kita dapat lihat pejabat pusat khidmat beliau sentiasa dikunjungi pelbagai lapisan masyarakat yang memerlukan nasihat dan perkhidmata.
Orang Yong Peng juga harus berasa beruntung kerana pembangunan Pekan Yong Peng dan kawasan sekitarnya akan terus terlaksana jika BARISAN NASIONAL terus diberi mandat untuk mewakili rakyat Yong Peng.
Jangan kita cuba mengubah segala nikmat yang ada didepan mata dengan Janji-janji pembangkang.
Calun Pembangkang dari DAP akan hanya muncul apabila tiba musim pilihanraya. Belum bubar parlimen mereka dah kempen sebab mereka tak ada kerja lain kecuali untuk menghasut rakyat denagn janji Palsu. Lepas pilihanraya mereka akan lesap dan hilang kemana. Bila tiba musim pilihanraya lagi, mereka datang lagi menjadi hantu meroyan meracuni pemikiran rakyat.
Adakah kita perlu calun seperti ini menjadi wakil rakyat kita.
Sebagai bukti pemimpin DAP akan berpindah darinsatunkerusi ke satu kerusi lain mengikut sesuka hati mereka. Bagaimanakah calun atau cara parti DAP nak membangunkan kwasan yang diwakili kalau satu atau dua penggal mereka diberi mandat,mereka tak buat kerja kecuali sepanjang tahun merayau keseluruh negara berceramah menabur janji dan fitnah..??? Sampai masa bila sedar mereka tak buat kerja dalam kawasan,mereka sesuka hati bertanding di tempat lain..!!
Inilah cara DAP...dan penipuan ini seharusnya menjadikan rakyat membuka mata dan sedar..Calun dan pemimpin DAP semuanya hanya pentingkan jawatan tetapi tidak mengutamakan amanah dan kerja kepada rakyat.
Pengundi Yong Peng juga harus jangan tertipu dan terpedaya dengan cara berpolitinparti pembangkang ini.
Cara pembangkang wajar DITOLAK....
dan pilhan yang tepat dan bijak adalah calun-calun BARISAN NASIONAL...
Rabu, 23 Januari 2013
UMNO tidak Terdesak... namun PAS wajib keluar dari pakatan Pembangkang
Pemimpin Parti PAS wajib membuat pendirian tegas dalam soal menjaga kepentingan Islam jka tidak mahu Agama Islam teruk dijadikan bahan senda dan permianan oleh sekutu mereka terutama DAP.
Kesilapan pemimpn PAS bukan lagi kecil dan akibat kesilapan mereka..Kaum lain terutama DAP yang dikenali sebagai parti yang sejak azali mahukan agama Islam dan bangsa Melayu tidak dijadikan Agama rasmi dan keistimewaan Melayu dihapuskan terus memainkan isu sentitif berkaitan hukum hakam Agama.
Mereka bertambah berani sekarang ini akibat sikap pemmpin PAS yang seakan kemaruk untuk menjatuhkan kerajaan UMNO/BN yang akbatnya mereka sendiri tahu mereka tidak akan beruntung apa-apa kecuali sekadar dapat menduduki satu atau dua kerusi kabinet.
Takkan lah hanya kemaruk kerusi Menteri sanggup menggadaikan Agama..Ia amat memalukan PAS dan seluruh penyokongnya.
Mahu tidak mahu pemimpjn PAS terutama Presidennya Hadi Awang harus bertanggungjawab dan tidak perlu merasa malu untuk mengakui kesilapan mereka. Untuk menebus kesilapan besar mereka..adalah lebih baik Hadi Awang dan Nik Aziz memohon maaf dan sekaligus mengambl keketapan PAS keluar dari pakatan rakyat.Dengan demikian penyokong PAS akan merasa mereka sedang kembali pada landasan perjuangan asal parti mereka.
Sekarang ini penyokong PAS agak kebingunggan dengan tindakan pemimn mereka yang sering kali membuat kenyataan mengelrukan akibat terlalu mahu menjaga rakan sekutu dan Kehendak Anwar ibrahim.
Waktunya belum terlambat.. PAS wajib keluar dari pakatan pembangkang meninggalkan cita-cita buruk DAP dan agenda peribadi Anwar Ibrahim.
UMNO tidak terdesak untuk memujuk PAS menyertai UMNO namun PAS seharusnya melihat kepentingan Islam dan Melayu jangan sampai TERSEDAK akibat permainan politik mereka.
Kalau tidak mahu ujudkan perpaduan bersama UMNO buat masa ini kita mampu mengerti, Namun menjadi tanggungjawab dan kewajiban PAS mesti keluar dan tidak perlu menyokong parti PKR dan DAP..
Sabtu, 30 Jun 2012
KeBEBALan Ketua Pemuda PAS Johor ......
Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat yang langsung tak terkenal tetiba membuat kenyataan BODOH dengan membuat cerita palsu mengatakan Pemuda UMNO Johor goyang (pecah)..
Hahaha..
Aku baru dengar nama si balok Suhaizan ni hari ini..sebelum ni tak pernah dengar pun..maklum lah siapa lah dia ni di bandingkan dengan Ketua Pemuda UMNO Johor yang terkenal dengan kemanisan wajahnya, sifat lembutnya dan kewibawaannya menjadi pemimpin pemuda.
Suhaizan tentu lah lebih tak tenang bila Nama Mohd Fadil Muskon sekali lagi menjadi sebutan kerana beliau diantara tokoh muda Johor yang menonjol mempertahankan Maruah DYMM Sultan Johor dalam isu WWF 1 yang mana tokoh meroyan PAS Nizar Jamaludin sesak nafas bila disergah Jutaan Rakyat Johor.
Aku nak bagitau kat Suhaizan...!!
Ketua Pemuda Johor Mohd Fadil Muskon ni bukan jenis pemimpin PAS yang gelojoh, meraban tak tentu pasal, apatah lagi mabok nk jadi calun macam kau tu wahai Suhaizan..!!
Kalau bebal jangan ditunjuk-tunjuk.. Kau tu nak jadi calun PAS bukan nak jadi calun BN..jadi kau meroyan lah dengan cerita dan mimpi-mimpi PAS aje..Apasal lak nak jadi Calun PAS kau sentuh pemuda UMNO..kan itu sifat orang banggang...!!!
****errkkk...Teringin gak nak tengok Suhaizan ni lawan Fadil satu lawan satu di mana-mana kerusi di Johor...Nak tengok suhaizan penyek macam getok ubi..hehehe***
Sabtu, 19 Mei 2012
BACHOLnya Pemimpin PAS lari lintang pukang dari Kelantan,,,Salahudin dialukan bertanding di Johor
Sikap BACHOL TEGAR pemimpin PAS..dah tak larat menepis kehendak rakyat kelantan yg mula menggodam dan melerai pembohongan dan kemungkiran janji mereka pada rakyat kelantan..maka BERTERABUR lari meninggalkan rakyat yang mengundi mereka selama ini.. Kena kencing berdiri rakyat kelantan yg mengundi PAS selama ini...
Dan bila si badigol Salahudin ni nak bertanding di Johor..aku alu-alukan..hehehehe..
meh sini..aku bagi cadangan..kerana ko masih takut dgn bayang2 sendiri hilang status YB, kau nak bertanding 2 kerusi ye...haaa..tak mengapa sebab semua org tahu pemimpin PAS ni semua HALOBA..
aku bagi cadangan ko bertanding Parlimen di kawasan kelahiran kau Tg Piai..
dan aku JEMPUT kau wahai salehudin bertanding DUN Ayer Hitam...
meh...meh..meh sini...hehehe
Langgan:
Catatan (Atom)