BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

"Inilah Sumpah Sepenuh Rela Darah Dan Nyawa........."

Isnin, 22 April 2013

N20 SEMARANG: semarang akan terus Maju dengan Barisan Nasional

DUN N20 Semarang akan terus mampu dipertahankan BARISAN NASIONAL memandangkan kepesatan kampong-kampong didalamnya menikmati perubahan demi perubahan dalam menaiktaraf sisio Ekonomi dan kehidupan penduduknya. Kemajuan demi kemajuan diperolehi hasil kewibawaan wakil rakyat DUN Semarang membolehkan pihak pembangkang seakan tiada isu untuk dibangkitkan bagi menyaingi Calun Barisan Nasional Datuk Samsolbari Jamali. Datuk Samsolbari yang diberi kepercayaan mewakili Barisan Nasional untuk penggal ketiga adalah Ketua UMNO Bahagian Ayer Hitam. Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO Johor merupakan calun yang mampu terus membawa perubahan dan tranformasi sepertimana yang dikehendaki Presiden Parti YAB Dato' Seri Najib Tun Razak. Rata-rata pengundi menganggap Parti Pembangkang iaitu PAS yang meletakkan calun yang sama tewas dalam pilihanraya lalu seakan tiada punca dan isu untuk dibangkitkan dalam kawasan. PAS hanya boleh menbur janji PR yang semua rakyat tahu ianya hanyalah Janji manis yang tak termampu dilaksanakan. Rekod PAS juga terlalu buruk di Kelantan sepanjang pemerintahan PAS selama lebih 20 tahun.. Jika dah diberi peluang berkuasa pun gagal membawa kemajuan dan taraf hidup rakyat kelantan, dimana pula rakyat harus percaya kepada PAS..??? Dan pengundi DUN Semarang sebenarnya dapat merasakan PAS menyertai pilihanraya di DUN Semarang ni seprti suka-suka aje...Tak ada isu dan calun yang mewakili PAS pun tidak mampu menidakkan kewibawaan Barisan Nasional dalam menjaga kepentingan penduduk Semarang.

N19 Yong Peng: Lim Kee Moi Pilihan Terbaik Calun Mesra Rakyat

LIM KEE MOI Calun Barisan Nasional Bagi Kawasan N19 Yong Peng adalah calun terbaik untuk diberikan peluang berkhidmat untukmpenggal ketiga. Beliau yang sebelum ini telah dua penggal memegang amanah parti merupakan seorang wakil rakyat yang sangat mesra rakyat. Boleh ditemui di majlis-majlis formal dan tidak formal. Rajin turun kepadang dan jarang mengecewakan jemputan rakyat. Beliau seringkali ditemui di majlis-majlis perkahwinan asal saja beliau di jemput. Pengundi Yong Peng dah mesra dengan beliau. Tak kira warga Tiong Hua,Melayu mahupun India semua kenal nama Lim Kee Moi. Kemesraan beliau tidak boleh dinafikan, khidmat beliau kepada rakyat juga tidak pernah berhenti. Kita dapat lihat pejabat pusat khidmat beliau sentiasa dikunjungi pelbagai lapisan masyarakat yang memerlukan nasihat dan perkhidmata. Orang Yong Peng juga harus berasa beruntung kerana pembangunan Pekan Yong Peng dan kawasan sekitarnya akan terus terlaksana jika BARISAN NASIONAL terus diberi mandat untuk mewakili rakyat Yong Peng. Jangan kita cuba mengubah segala nikmat yang ada didepan mata dengan Janji-janji pembangkang. Calun Pembangkang dari DAP akan hanya muncul apabila tiba musim pilihanraya. Belum bubar parlimen mereka dah kempen sebab mereka tak ada kerja lain kecuali untuk menghasut rakyat denagn janji Palsu. Lepas pilihanraya mereka akan lesap dan hilang kemana. Bila tiba musim pilihanraya lagi, mereka datang lagi menjadi hantu meroyan meracuni pemikiran rakyat. Adakah kita perlu calun seperti ini menjadi wakil rakyat kita. Sebagai bukti pemimpin DAP akan berpindah darinsatunkerusi ke satu kerusi lain mengikut sesuka hati mereka. Bagaimanakah calun atau cara parti DAP nak membangunkan kwasan yang diwakili kalau satu atau dua penggal mereka diberi mandat,mereka tak buat kerja kecuali sepanjang tahun merayau keseluruh negara berceramah menabur janji dan fitnah..??? Sampai masa bila sedar mereka tak buat kerja dalam kawasan,mereka sesuka hati bertanding di tempat lain..!! Inilah cara DAP...dan penipuan ini seharusnya menjadikan rakyat membuka mata dan sedar..Calun dan pemimpin DAP semuanya hanya pentingkan jawatan tetapi tidak mengutamakan amanah dan kerja kepada rakyat. Pengundi Yong Peng juga harus jangan tertipu dan terpedaya dengan cara berpolitinparti pembangkang ini. Cara pembangkang wajar DITOLAK.... dan pilhan yang tepat dan bijak adalah calun-calun BARISAN NASIONAL...