BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

"Inilah Sumpah Sepenuh Rela Darah Dan Nyawa........."

Isnin, 22 April 2013

N20 SEMARANG: semarang akan terus Maju dengan Barisan Nasional

DUN N20 Semarang akan terus mampu dipertahankan BARISAN NASIONAL memandangkan kepesatan kampong-kampong didalamnya menikmati perubahan demi perubahan dalam menaiktaraf sisio Ekonomi dan kehidupan penduduknya. Kemajuan demi kemajuan diperolehi hasil kewibawaan wakil rakyat DUN Semarang membolehkan pihak pembangkang seakan tiada isu untuk dibangkitkan bagi menyaingi Calun Barisan Nasional Datuk Samsolbari Jamali. Datuk Samsolbari yang diberi kepercayaan mewakili Barisan Nasional untuk penggal ketiga adalah Ketua UMNO Bahagian Ayer Hitam. Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO Johor merupakan calun yang mampu terus membawa perubahan dan tranformasi sepertimana yang dikehendaki Presiden Parti YAB Dato' Seri Najib Tun Razak. Rata-rata pengundi menganggap Parti Pembangkang iaitu PAS yang meletakkan calun yang sama tewas dalam pilihanraya lalu seakan tiada punca dan isu untuk dibangkitkan dalam kawasan. PAS hanya boleh menbur janji PR yang semua rakyat tahu ianya hanyalah Janji manis yang tak termampu dilaksanakan. Rekod PAS juga terlalu buruk di Kelantan sepanjang pemerintahan PAS selama lebih 20 tahun.. Jika dah diberi peluang berkuasa pun gagal membawa kemajuan dan taraf hidup rakyat kelantan, dimana pula rakyat harus percaya kepada PAS..??? Dan pengundi DUN Semarang sebenarnya dapat merasakan PAS menyertai pilihanraya di DUN Semarang ni seprti suka-suka aje...Tak ada isu dan calun yang mewakili PAS pun tidak mampu menidakkan kewibawaan Barisan Nasional dalam menjaga kepentingan penduduk Semarang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan