BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

"Inilah Sumpah Sepenuh Rela Darah Dan Nyawa........."

Jumaat, 25 Februari 2011

Calun Muda lagi Berwibawa BN menggerunkan PAS

UMNO menurunkan calun-calun muda lagi berwibawa dalam piliharanya kecil DUN Merlimau di Melaka dan DUN Kerdau di Pahang untuk Barisan Nasional mengekalkan kerusi-kerusi tersebut.
Tindakan UMNO yang memberikan peluang kepada golongan muda dan bewibawa membuktikan UMNO tidak ketandusan tokoh seprtimana yang berlaku di pihak lawan.
Kemenangan bergaya Datuk Azhar Ibrahim di DUN Tenang sebelum ini akan pasti diulangi di Merlimau dan Kerdau.
Barisan Nasional menampilkan Sdr. Roslan Datuk Ahmad, 44 Tahun.
Beliau hanya AJK UMNO Bahagian Jasin dipilih setelah nama-nama calun terbaik di Merlimau dipertimbangkan. UMNO membuat pilihan yang "TERBAIK" daripada kalangan yang baik. Inilah kelebihan yang dimiliki UMNO bagi menampilkan calun untuk bertanding.
Sdr.Roslan akan ditentang calun PAS Yuhaizat Abdullah,Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka.

Sementara di Kerdau, UMNO menampilkan Sdr. Tuan Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44 Tahun. BerLulusan Al-Azhar Mesir. Beliau adalah penasihat Agama kepada YAB.Menteri Besar Pahang. Tokoh yg berpendidikan tinggi Agama, muda dan berwibawa.
Ketokohan Syed Ibrahim memberikan tamparan kepada PAS yang pada awalnya ingin mempertaruhkan Pesuruhjaya PAS Pahang,Tuan Ibrahim Tuan Man. Namun PAS tidak rela mempertaruhkan Tuan Ibrahim untuk dikorbankan di Kerdau untuk berhadapan Calun BN Sdr.Syed Ibrahim bukan calang-calang pemimpin.
PAS mengambil keputusan menurunkan Hasanudin Salim, Ketua Penerangan PAS Pahang untuk dijadikan kambing hitam nya di Kerdau.

Kesimpulannya, Merlimau dan Kerdau akan menjadi satu lagi mimpi ngeri buat PAS yang sedang tenat akibat kecelaruan perjuangan mereka sendiri sejak bersekutu dengan DAP yang jelas anti islam dan melayu, inilah yang memualkan penyokong mereka sendiri.

Khamis, 24 Februari 2011

Persamian Persidangan berkelompok UMNO cawangan dalam Bahagian Ayer Hitam 27 Febuary 2011

Persidangan UMNO cawangan-cawangan dalam Bahagian Ayer Hitam secara berkelompok akan diadakan pada Ahad 27 Febuary 2011 ini di Dewan Sekolah menengah Dato' Menteri Ayer Hitam pada jam 3.00 petang.
Cawangan-cawangan UMNO dalam bahagian Ayer Hitam yang mempunyai 92 cawangan akan mula mengadakan persidangannya pada 1 Mac hingga 15 April sepertimana yg telah ditetapkan Majlis Tertinggi UMNO.
UMNO Bahagian Ayer Hitam amat berbesar hati dan berterima kasih kepada YB.Datuk Seri Ahmad Shabery Chik, Menteri Belia dan Sukan yang sudi untuk merasmikan persidangan berkelompok cawangan-cawangan pada ahad ini.

Kami mengalu-alukan kehadiran YB.Datuk Seri Ahmad Shabery dan mengalu=alukan kehadiran semua pimpinan UMNO cawangan-cawangan dalam Bahagian Ayer Hitam.

SELAMAT BERSIDANG KEPADA SEMUA CAWANGAN-CAWANGAN UMNO..!

TAHNIAH... Sdr. Roslan Datuk Ahmad Calun BN N27.Merlimau

(
(Jentera UMNO Bhg Ayer Hitam Mengangkat Sdr.Roslan Calun BN Merlimau)

Sdr. Roslan Bin Datuk Ahmad 44 Tahun dipilih sebagai calun Barisan Nasional bagi pilihanraya kecil N27 Merlimau semalam. Pengumuman nama calun telah diumumkan oleh YAB.Tan Sri Mahyuddin Md Yassin, Timbalan Pengerusi BN yang juga Timbalan Presiden UMNO.
Roslan yang berkelulusan Diploma pengurusan Perniagaan ITTAR merupakan calun muda telah diberikan mandat sebagai calun dan merupakan cqlun terbaik untuk memastikan kerusi DUN Merlimau kekal dimiliki BN.
Beliau adalah AJK UMNO bahagian Jasin dan telah dipersetujui dipilih setelah melalui penilaian dan perbincangan antara pimpinan UMNO Bahgian Jasin,perhubungan negeri dan pusat dan mendapat persetujuan Presiden UMNO kata Tan Sri mahyuddin.
Tahniah kepada Sdr. Roslan semoga beliau memberikan komitmen tinggi untuk berkerja menemui pengundi bagi memastikan kemenangan mutlak BN pada hari pengundian 6hb Mac nanti.

UMNO Cahaya Putera juga mengucapkan tahniah kepada jentera UMNO Bahagian Ayer Hitam yang diketuai Sdr.Abd Halid Saat,Setiausaha UMNO Bahagian yang turut sama memberikan sokongan moral kepada BN Melaka pada majlis menamakan calun semalam.

Selasa, 22 Februari 2011

TAHNIAH...Syed Ibrahim Syed Ahmad Calun BN PRK Kerdau

Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau, Syed Ibrahim Bin Syed Ahmad dipilih sebagai calun Barisan Nasional bagi pilihanraya kecil DUN Kerdau. Pengumuman nam calun telah di umumkan petang tadi oleh YAB.Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.
Pemilihan Syed Ibrahim merupakan satu pilihan yang tepat memandangkan beliau mempunyai kelebihan pendidikan agama dan beliau juga adalah penasihat agama kepada YAB.Menteri Besar Pahang.
Cahaya Putera mengucapkan tahniah dan selamat berusaha untuk memastikan beliau memenangi pilihanraya tersebut dengan cemerlang.

Selasa, 15 Februari 2011

3000 Hadir Perarakan Sambutan MaulidurRasul Ayer Hitam

Lebih 3000 orang telah membanjiri tapak Balai Polis lama Ayer Hitam seawal jam 7.00pagi bagi menyertai perarakan Sambutan MaulidurRasul SAW hari ini.
Peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah agama,Sekolah menengah,PLKN Sembrong,JKKK,UMNO cawangan dan penduduk sekitar Ayer Hitam berjalan dengan teratur dan begitu meriah dengan seruan shalawat keatas Nabi Muhammad sepanjang laluan perarakan tersebut.
Disamping Perarakan dari Tapak Balai Polis Lama Ayer Hitam ke Perkarangan Masjid Sultan Ibrahim, Ayer Hitam. Majlis Perasmian telah dilakukan oleh YB.Datuk SamsolBari Bin Jamali,Ketua UMNO Bahagian Ayer Hitam.
Dalam pada itu diperdengarkan Bacaan Al-Qura,Bacaan Rawi dan Persembahan Nasyid Dari Sekolah Menengah Datuk Menteri, Ayer Hitam.



Kemuncak program adalah Ceramah Agama yang di sampaikan oleh Y.Bhg Ustaz Dr.Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan Universiti Pertahanan Nasioanal.

Sambutan MaulidurRasul SAW 1432h Peringkat Parlimen Anjuran UMNO Bahagian Ayer Hitam

UMNO Bahagian Ater Hitam mengadakan perarakan Sambutan MaulidurRasul SAW bagi peringkat paelimen Ayer Hitam tahun 1432Hijrah pada hari ini 15 February 2011.
Perarakan akan diadakan pada jam 8.30 pagi bermula dari hadapan Balai polis Ayer hitam menuju ke Masjid Jamek Sultan Ibrahim Ayer Hitam.

Perarakan akan diketuai sendiri oleh YB.Datuk Samsol Bari Bin Jamali, Ketua UMNO Bahagian Ayer Hitam yang juga ADUN Semarang.
YB.Datuk Samsolbari Jamali

Selamat menyambut MaulidurRasul SAW 1432 hjirah

UMNO cawangan Cahaya Putera mengucapkan selamat menyambut MaulidurRasul SAW kepaa semua umat islam.
semoga dengan semangat sambutan MaulidurRasul ini semua umat islam akan kembali merenung diri samaada kita benar-benar menghayati dan mengikuti perjuangan Baginda Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian.

Rasa cinta kita terhadap Rasulullah SAW itu sudah barang pasti kita akan berselawat kepada Rasulullah sebanyak dan sebaik mungkin bersesuaian dengan perintah Allah SWT dalam Al-Quran "sesungguhnya Allah SWT dan Malaikat-Malaikatnya berselawat keatas Nabi (Muhammad SAW).oleh itu wahai orang-orang yang beriman,berselawatlah kamu kepada Nya (Muhammad SAW) dengan sebaik-baik penghormatan".

Disamping itu, marilah kita muhasabah diri kita adakah kita benar-benar berada dalam landasan sirah Rasulullah SAW dalam meniti kehidupan.
Dan sudah semestinya bersempena sambutan ini kita akan memperbaiki segala amalan dan perbuatan selari dengan kehendak Rasulullah dan Allah SWT.

Ahad, 6 Februari 2011

Tuduhan Tidak Berasas terhadap YB Aziz Kaprawi bertujuan memecah perpaduan UMNO Johor...

putra merdeka: PRK Tenang...UMNO Johor Tersinggung...
Tuduhan liar yang mengaitkan YB.Aziz Kaprawi sebagai dalang komplotan mengatur calu-calun pilhanraya adalah berniat jahat dan sengaja dicipta untuk memecahbelahkan perpaduan dan kekuatan UMNO Johor.

Tindakan blogger PUTRA MERDEKA yang mendedahkan bahawa Menteri Besar Johor marah terhadap YB.Aziz yang kononnya telah membelakangkan UMNO johor dalam memberikan maklumat kepada UMNO Pusat dalam pilihanraya kecil DUN Tenang minggu lalu tidak mempunyai asa samasekali. Bagaimana lapuran yang mengatakan BN akan tewas atau kalau menang hanya sekitar 500 undi boleh dibuat oleh seorang EXCO Negeri sdangkan kita iaitu UMNO Johor dari awal lagi amat yakin akan menang selesa di Tenang.

Malah kawasan peti undi Felda Chemplak yang di jaga bawah UMNO Seri Gading dimana YB.Aziz terlibat sama menang dengan bergaya di peti undi itu.
Blogger hanya tahu membuat andian dan spekulasi tetapi harus diingat pemimpin dan Jentera lah yang bekerja dan tahu kekutan kita.
Jadi kalau nak jadi blogger yang adil kena tulis pekara benar ...!

Jangan FITNAH....!!! Tuduhan untuk menjatuhkan namabaik YB Aziz Kaprawi

putra merdeka: PRK Tenang...UMNO Johor Tersinggung...



Saya tidak nampak samasekali asas dan tuduhan ini. Bukan sekadar samar tapi GELAP GELITA tuduhan yang dilemparkan terhadap YB.Aziz Kaprawi yang juga ECXO kerajaan Negeri Johor.
Harus diingat bahawa UMNO Johor dalam apa keadaan sekalipun menolak dakyah dan fitnah bagi melaga-lagakan pimpinan negeri. Putra Merdeka ...kalau anda tidak mempunyai bukti jgn sesekali mereka-reka isu !..
Atau saya bimbang Putra Merdeka mempunyai agenda kumpulan tertentu yang mahu menjatuhkan namabaik YB.Aziz Kaprawi..?
Kita faham dan Putra Merdeka sendiri mengakui faham bahawa YB,Aziz dalah kalangan pemimpin pemuda di era YAB.Dao' Seri Najib menerajui Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Dalam hal ini tidak mustahil ada kalangan pemimpin yang takut dengan bayang-bayang sendiri seolah-olah YB.Aziz mampu mencatur politik di negeri Joho ini.
Hentikanlah permainan politik kotor dan dayus seperti ini.
Semua pihak tahu bahawa kata pemutus menentukan calun ada di tangan Presiden Parti. Jadi tidak perlu lah ada pihak menuding jari kepada pihak-pihak lain.
Biasanya yang takut dengan bayang-bayang sendiri ni hanya pemimpin yang lemah dan sedar khidmat mereka tak seberapa atau mungkin dah lama sangat duduk kerusi wakil rakyat.

Jumaat, 4 Februari 2011

Apakah Revolusi Mesir 2011 ini satu kejayaan Rakyat Mesir...???.. ATAU kejayaan musuh islam..

Gelombang gerakan rakyat atau digelar barat Egypt Revolution 2011 berlaku seminggu sudah. Ratusan ribu rakyat Mesir keluar merusuh dengan satu matlamat untuk menurunkan pemimpin mereka Husni Mubarak yang telah tiga dekad memimpin negara Arab ini. Mesir yang dianggap antara sebuah negara maju dikalangan negara arab kini lumpuh akibat kebngkitan rakyat yang tiba-tiba memberontak.
Pelik sungguh kan...
Secara peribadi, bagi saya apa yang dinamakan Revolusi Rakyat Mesir ini adalah satu game yang telah lama dirancang dengan begitu rapi. Ia adalah "perancangan Berangkai" yang di atur oleh tangan-tangan kotor musuh islam. Bagaimana Afghanistan dijajah dengan cara yg "berhemah"..melarat ke Iran dan kini singgah di Mesir.
Husni Mubarak yang selama ini menjadi sekutu Amerika dari kalangan pemimpin Arab terlalu leka dgn layanan barat terhadapnya kini layu ditangan rakyatnya sendiri.
Inilah akibat apabila seorang pemimpin mengangungkan kehebatan kuasa barat dan sudah tentu dilayan dengan baik tanpa di sedari memakan diri sendiri.
Jatuh sekalipun Mubarak..tumbanglah kerajaan Mesir dibawah pimpinannya, ia hanya menjadi satu catatan sejarah..tetapi persolaanyanya, adakah benar sejarah ini betul-betul satu kemenangan rakyat Mesir ???
Persoalan itu harus kita kaji,kita nilai dan kita insafi...