BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

"Inilah Sumpah Sepenuh Rela Darah Dan Nyawa........."

Khamis, 27 Januari 2011

Kegigihan Puteri Ayer Hitam di Bilik Gerakan Felda Tenang


Tahniah kepada adik-adik puteri UMNO bahagian Ayer Htam yang bertugas di Bilik Gerakan BN di Felda Tenang. Kegigihan mereka sejak awal kempen pilihanraya kecil DUN Tenang sepatutnya memberikan satu dorongan kepada anak-anak muda terutama di kalangan ahli-ahli Puteri UMNO semua.



Adik-adik kita ni terlibat di bahgaian IT bagi memastikan segala data dan maklumat sentiasa dikemaskini dari masa kesemasa.

Selasa, 25 Januari 2011

UMNO Bhg Ayer Hitam dan Tebrau akan pastikan peti undi Felda Tenang menang besar

UMNO baahagian Ayer Hitaam dan Tebrau kan memastikan kemenangan besar calun Barisan Nasional di ppeti mengundi Felda Tenang dalam pilihanraya kecil N05 Tenang pada 30 hb January ini.
UMNO bahagian Ayer Hitam yang diketuai YB.Datuk Samsol Bari jamali dan Tebrau yang diketuai YB.Datuk Maulizan Bujang yang diberi amanah untuk menjadi bahagian angkat di peti undi yang paling ramai mempunyai pengundi melayu ini mahu memastikan peti undi Felda Tenang akan memberikan sumbangan besar kepada calun Barisan Nasional Sdr. Azhar Ibrahim nanti.

Sehingga kini kita dapati usaha gigih dua cawangan yang terlibat (Cawangan Felda Tenang dan Cawangan Kolam Air) di peti undi ini amat memuaskan dan kita percaya dengan kegigihan jentera parti ini matlamat itu akan dapat direalisasikan kelak.
dalam masa sama bermula hari ini gerakan dan usaha akan diperhebatkan lagi sehingga peti undi Felda Tenang ini sebuah kawasan peti undi yang agak sukar ditembusi pihak pembangkang.

Ini dibuktikan apabila keghairahan awal kempen pembangkang yang membawa masuk tokoh-tokoh utama mereka seperti Presiden PAS Abd.Hadi Awang dan Penasihat PKR Anwar Ibrahim ke sini tidak mendapat sambutan.
Akibatnya pembangkang dilihat seolah mengalah dan membatalkan sesi ceramah disini yang melibatkan tokoh-tokoh pembangkang dari PAS,PKR dan DAP kelmarin.

Tahniah kepada semua jentera Barisan Nasional di Felda Tenang.

Jumaat, 21 Januari 2011

Barisan Nasional Johor mampu menang besar di TENANG




Barisan Nasional yang meletakkan Mohd Azhar Ibrahim sebagai calun bagi mewakili Parti dijangka tidak akan bermasaalah untuk memenangi pilihanraya kecil DUN Tenang.
Pilihanraya keil yang diadakan berikutan kematian penyandangnya Allayarham Datuk Sulaiman Taha akan diadakan pada bulan ini dimana penamaan alun akan diadakan pada 22 January manakala Pengundian akan berlangsung pada 30 January ini.

Pemilihan Mohd Azhar Ibrahim adalah satu pilihan yang amat tepat mamandangkan beliau merupakan calun yang mempunyai kelebihan daripada lain-lain alun yang diketengahkan oleh UMNO Johor.
Beliau yang sebelum ini adalah Penolong Pagawai Daerah Batu Pahat (ADO) kawasan Rengit merupakan seorang yang tidak asing di kawasan Tenang dan Labis amnya.
Anak kelahiran Tenang ini mempunyai kelulusan Diploma UITM dan Ijazah Sarjana Muda Sains Politik dari Universiti USA.

Dari sudut politik beliau juga tidak asing di bahagian Labis kerana beliau pernah menjawat jawatan Bendahari Pemuda Bahagian Labis selama dua penggal dan pada tahun 2008 beliau mendapat undi tetinggi dalam pemilihan ke perhimpunan Agong UMNO Malaysia (G&).
Ini membuktikan beliau amat dikebali dan disenangi dikalangan pimpinan dan grassroot UMNO bahagian Labis. Dengan pengalaman yang ada sebagai ADO sudah tentu beliau tidak mempunyai masaalah dalam menangani permasaalahan yang melibatkan pembangunan di kawasana Tenang nanti.



Sebelum ini PAS telah mengistiharkan seorang wanita (Normala)sebagai calon iaitu seorang bekas guru yang berhenti semata-mata ubtuk menjadi calun PAS.

Sesngguhnya PAS dalam keadaan terdesak untuk memenangi pilihanraya kecil ini sehingga terpaksa meletakkan seorang alon wanita bertanding.
DUN Tenang mempunyai kawasan peti undi beberapa rancangan Felda seperti Felda hempelak dan Felda Tenang. Namun sesuatu yang pelik berlaku dalam mengisi calun PAS ini kerana memandangkan kawasan DUN Tenang mempunyai majoroti pengundi melayu dan termasuk rancangan Felda, mengapa tokoh PAS yang telah menjelajah keseluruh pelusuk Felda dalam negara ini mengutuk kerajaan dan agensi Felda tidak berani menjadi calun PAS dalam pilihanraya ini.

Orang yang dimaksudkan adalah Mazlan Aliman. Anak peneroka Felda dan menubuhkan Persatuan ANAK sebagai senggayutan untuk terus berjuang memorak marik kan pemikiran masyarakat Felda. Beliau dilihat mahu menjadi jaguh yang jkonon berjuang untuk Masyarakat dan generasi Felda. Beliau tidak pernah berhenti memburuk-burukkan Agensi Felda dan kerajaan.
Tetapi peliknya Mazlan Aliman tidak sanggup dimalukan orang Felda di Tenang. Beginikah sikap seorang pejuang Felda ?,,, Mazlan Aliman takut akan bayang-bayang kekalahan yang sudah dilihatnya, Jika kalah,,,beliau bukan sahaja tidak akan lagi disegani dikalangan penyokongnya yang tidak seberapa di ranangan-rancangan Felda, malah kalangan pemimpin Pakatan pembangkang pun akan memandang kecil akan dirinya.

Berbalik kepada pemilihan Mohd Azhar sebagai Calon Barisan nasional. Dapat dilihat pimpinan UMNO bahagian yang sekaranag ini jawatan Ketua UMNO Bahagian di pangku Sdr. Rusdin juga bersikap gentleman dan menerima dengan senang hati pemilihan Mohd Azhar. Ini kerana sudah barang tentu pemilihan Mohd Azhar telah dibincangkan terlebih dahulu diantara pimpinan UMNO Bahagian bersamaa UMNO Negeri Johor sebelum diserahkan kepada YAB.Perdana Menteri. Konsep mesyuarah yang sedia terjalin oleh UMNO Johor itulah yang akan memastikan setiap individu parti akan berusaha dan bekerja bagi memastikan calun yaqng diketengahkan akan memperolehi kemenangan.
Itulah kekuatan UMNO Johor.

UMNO Johor juga mempunyai jentera yang cukup untuk bekerja dalam pilihanraya kecil di negeri ini. UMNO Johor yang mempunyai 26 Bahagian UMNO sudah barang tentu mempunyai kekuatan jentera yang cukup. Sebab itu UMNO negeri-negeri lain menganggap mereka tidak perlu membantu dipilahanraya keil Tenang ini. Ini bermakna UMNO negeri-negeri lain dapat menjimatkan kerana tidak perlu menghantar jentera mereka membantu di Johor.

Dengan pilihan calun yang tepat dan terbaik, disamping kekuatan Jentera UMNO Johor dan semangat perpaduan dikalangan komponen barisan Nasional Johor. Tidak mustahil, Barisan nasional akan memenangi pilihanraya kecil DUN Tenang ini dengan majoroti yang blebih besar berbanding pilihantaya umum lalu.

AlL-FATEHAH... Datuk Muhamad Hidir Abu Hassan ADUN Merlimau meninggal Dunia


Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka kawasan Merlimau yang juga EXCO kerajaan Melaka Datuk Muhamad Hidir Abu Hassan meninggal dunia malam tadi.
Allahyarham yang dimasukkan ke hospital sejak seminggu lalu disah kan meninggal pada jam 8.10 malam.

Takziah kepada keluarga Allahyarham dan kita doakan semoga Roh Allahyarham dicucuri rahmat. Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan pada hari ini.

AL FATEHAH...

Rabu, 19 Januari 2011

Tahniah.... Mohd Azhar Calon BN N05 Tenang....



Tahnian kepada Mohd Azhar Bin Ibrahim yang telah diumumkan sebagai calun Barisan nasional untuk pilihanraya kecil N05 Tenang pada 30 January ini.

Nama Mohd Azhar diumumkan olah YAB.Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu majlis memperkenalkan calun BN di Labis petang tadi.

Mohd Azhar yang kini Penolong Pegawai Daerah (ADO) Rengit merupakan anak jati Tenang. Beliau tidak asing dikalangan penduduk tenang kerana beliau adalah anak kepada bekas seanator Allayarham Datuk Ibrahim.Beliau sebelum ini pernah menyandang jawatan sebagai Penolong Bendahari Pergerakan Pemuda UMNO Labis.
Dalam persidangan UMNO bahagian tahun 2008 beliau memperolehi undi tertinggi dalam pemilihan wakil UMNO bahagian ke perhimpunan Agong UMNO Malaysia.
Ini membuktikan Mohd Azhar adalah tokoh muda yang diterima baik dan dikenali di kalangan pemimpin UMNO cawangan-cawangan di Labis.
Sudah pasti Beliau akan mudah memberikan khidmat kepada rakyat di Labis khususnya di DUN Tenang kelak.

Mohd Azhar juga merupakan tokoh berpendidikan tinggi. Beliau mempunyai Diploma dari UITM danIjazah Sain Politik dari universiti di Amerika Syarikat.

Pemilihan beliau sebagai calun BN di tenang adalah pilihan yang tepat dan memenuhi kriteria seperti yang kita harapkan.
Semoga Beliau akan bekerja kuat memberikan khidmat di DUN Tenang kelak apabila memenangi pilihanraya kecil nanti.
Tahniah...Hidup UMNO...Hidup Barisan Nasional...

Isnin, 17 Januari 2011

Normala Sudirman Calon Kambing hitam PAS. Mazlan Aliman bacul dan pengecut.




Akhirnya ternyata PAS memamah lagi lidah sendiri apabila sekali lagi menonjolkan calun wanita sebagai calun pilihanraya. Sebelum ini kita dengar berbagai kekangan dibuat kepada kaum wanita hingga kaum wanita tidak dibenarkan menyertai perujian Tilawah Al-Quran atas alasan menjaga suara sebagai "Aurat". Tapi sekarang apa sudah jadi ???
Kalau perdengarkan kalam Allah tidak boleh..bagaimana pula dengan meletakkan wanita sebagai calon pemimpin. Bukankah jika menang (tak ada harapan menang pun) wanita ini akan kerap ditemui dan menemui kaum lelaki. Akan berucap dan bercakap malah tidak mustahil sebelum jadi wakil rakyat pun dalam kempen nanti akan berucap berapi-api untuk memastikan dia dipilih.
Apa macam tuan guru-tuan guru semua ? Sudah Tukar kaa... hahaha..

Si Normala ni pun memang awal-awal lagi kita dah tahu akan jadi calun. Tak payah nak umumkan malam tadi pun semua orang di Labis dah tahu dengar nama Normala ni calun PAS. Dia berhenti jadi guru pun kita tahu awal dah. Sebenarnya Normala adalah mangsa puak PAS.

Sebelum ini di gembarkan juga Mazlan Aliman akan menjadi calun PAS memandang konon Mazlan akan mendapat sokongan sebahagian pengundi di kawasan Felda yang terletak di kawasan DUN Tenang.
Mazlan pun bukan bodoh..takkan dia nak mengambil risiko dimalukan oleh peneroka Felda sedangkan Mazlan meracau keseluruh pelusuk Felda menghasut peneroka agar membenci Felda dan Kerajaan Barisan Nasional.
Malangnya Mazlan kan... Allah SWT maha bijaksana. Mazlan terkedu apabila harga komoditi utama yang menjadi bahan utama peneroka Felda melonjak dari hari ke sehari.

Malah dengan izin Allah..harga kelapa sawit dan getah berada pada paras tertinggi dalam sejarahnya.

Alhamdulillah...Maha bijaksana dan maha pemurah Allah SWT.
Bukti Allah tidak redha dengan usaha puak-puak yang menjaja agamaNYA untuk kepentingan politik semata-mata.

Dengan nikmat Allah yang pemurah itu, Mazlan Aliman dan puak-puak PAS serta pemimpin pakatan pembangkang tak mahu komen hal ini. maka dialihkan hakikat bahawa rakyat perolehi nikmat ini dengan cerita karut marut dongengan lucu Anwar Ibrahim.
Mengapa mereka tidak berani usik tentang kebenaran nikmat Allah ini kepada rakyat. Tidak kita dengar seorang pun ucapkan rasa syukur diatas kurniaan Allah ini hasil usaha berterusan kerajaan BN mencari kaedah untuk memastikan komoditi utama ini mempunyai nilai yg mampu memberikan kesenangan kepada rakyat.

Berbalik kepada Mazlan, jelas beliau terkedu dan takut untuk bertanding di DUN Tenang. Nak cakap apa dia dengan orang Tenang ??? Nak cakap kerajaan tak baik ? Nak cakap peneroka Felda miskin ? Nak cakap Peneroka terinaya ? Nak cakap generasi kedua peneroka macam dia terinaya... Semua tak boleh cakap dah...
Jadi...dicadangkan lah Normala sebagai Kambing Hitam di DUN Tenang ini...
Kasihan kan. Kaum Wanita dalam PAS ni jadi alat pelampias kerakusan politik PAS juga rupanya selain untuk lain-lain tujuan...faham-faham aje ye...

Kepada Normala, yang dah kemaruk sangat nak jadi wakil rakyat ye.. Selama ni mencekik gaji dari kerajaan Barisan Nasional nak cakap apa..nak cakap kerajaan BN Rasuah ? Duit kerajaan BN haram ? haa..cakap..cakap...!!!
Yang Akan pasti Normala ni akan jadi seperti pepatah yang dikejar tak dapat yang di kendong keciiran selepas 30 haribulan ini.. kita sama-sama tengok ye.

Ahad, 16 Januari 2011

Hutang rumah penduduk di Sarawak RM41 juta dilupus- Perdana Menteri

Utusan Malaysia Online - Berita Utama



Rakyat sarawak yang terlibat dalam pemindahan akibat pembinaan Projek Hidro bakun di sarawak sekali lagi menjadi rakyat yang amat bertuah kerana Perdana Menteri Dato' seri najib Tun razak mengumumkan baki hutang perumahan yang di miliki lebih 1600 keluarga dihapuskan. Ini adalah kali kedua rakyat Saeawak disitu mendapat nikmat daripada keprihatinan kerajaan Barisan nasional dalam isu rumah pemempatan tersebut. sebelum ini Kerajaan negeri menanggung separuk kos tersebut daripada harga RM50.000 seyunit kepada RM25.000 seunit. Dengan pengumuman Datuk seri najib semalam maka penduduk yang terlibat seolah-olah mendapat rumah tersebut secara percuma.
Inilah bukti keprihatinan kerajaan Barisan Nasional terhadap rakyat. Ia juga bukti konsep 1 Malaysia Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan direalisasikan kerajaan Barisan Nasional. Bukan retorik semata-mata.

Sabtu, 15 Januari 2011

Hambik kau wahai budak biadap....

House PK: GEMPAR! BLOGGER PRO PAKATAN YANG HINA SULTAN KENA ...: "Ini berita yang gua baru terima, ada sorang blogger pro Pakatan yang memang terkenal dengan kuang ajo nya telah dibelasah dengan teruk ole..."

Baru kau tahu langit tinggi ke rendah...
Inilah akibat terlalu biadap dan dapat asuhan daripada pengkhianat-pengkhianat bangsa. Akhirnya memakan diri..Nah hambik kau wahai biadap.
Umur setahun jagung nak tunjuk terror konon. Piraaah...
Lain kali belajar ilmu adab agar tahu beradap dengan orang tua dan pemimpin..

Khamis, 13 Januari 2011

Selamat Berjuang Saudara ku di N05 TENANG



Khas untuk pejuang-pejuang bangsa yang sedang berjuang di Pilihanraya kecil N05 TENANG di Labis Johor.

semoga anda semua diberikan kekuatan bagi memastikan calun Umno yang mewakili Barisan Nasional menang dengan majoriti yang lebih besar kelak.

Kepada jentera UMNO bahagian Ayer Hitam yang bertugas di peti undi Felda Tenang. Tahniah tidak berbelah bagi atas daya usaha dan kegigihan anda semua dibawah pimpinan YB.Datuk Samsol Bari jamali.
Percayalah, setiap langkah anda adalah perjuangan unuk Agama, Bangsa dan negara...dan yakin lah Perjuangan anda adalah perjuangan yang akan sentiasa mendapat barakah ALLah SWT.

Keterlibatan anda semua membanggakan setiap insan melayu di Ayer Hitam.

Tahniah...tahniah..tahniah...TERUS BERJUANG..
Hayatilah senikata lagu ini...
( UMNO JOHOR )..
....."inilah sumpah sepenuh rela darah dan nyawa..."

Selasa, 11 Januari 2011

Pengantin 3 Saudara



Majlis Menyambut 3 menantu yang diadakan di Taman Mewah Yong Peng, Johor kelmarin berlangsung begitu meriah. Pasangan Pengantin 3 Bersaudara lelaki anak kepada pasangan En.Jalil Majid dan Normah Mohidin yang terdiri Mohd Ghazahalyi Jalil dengan pasangannya Norliza, Mohd Hanafi Jalil dan pasangannya Siri Nurfaieza dan Mohd Yazid Jalil dan pasangannya Suhainiza dihadiri lebih 3000 orang tetamu.

Majlis tersebut diserikan dengan persembahan kugiran "nostalgia 60an" yang terdiri daripada warga Yong Peng sendiri.

Apa yang lebih menarik, kehadiran 3 pasang pengantin dinantikan barisan motorsikal berkuasa tinggi kumpulan bikers dari Kuala Lumpur dan Johor Baharu yang diketuai "sis mira @ Mira Yaakub" President Lady Bikers Malaysia.

Kehadiran YB.Lim Kee Moi, ADUN Yong Peng juga menambah seri majlis tersebut.

Tahniah kepada semua pasangan pengantin dan para tetamu.

Sabtu, 8 Januari 2011

Zuraida Muka Tempeh Bonyok harus di tangkap kerana buat lapuran PALSU dan FITNAH : DS Rais juga di minta saman mereka semua yang terlibat....


Zuraida vKamarudin yang membuat lapuran polis mengaitkan Menteri Penerangan,Komunikasi dan Warisan hendaklah di tangkap dan didakwa atas sebab membuat lapuran Palsu.
Perempuan bonyok ni dengan bongkak berlagak seperti seorang wanita tidak ada maruah membuat laporan polis dan mengaitkan orang tidak berdosa.
Yang peliknya wanita muka tempeh busuk ni tak pasal-pasal buat lapuran polis apasal. Nampak lah sangat perempuan ini rendah moral nya. Terlalu jahat dan busuk hatinya bukan sekadar dengan Datuk seri Rais Yati, malah perbuatannya juga mengundang namabaik kerajaan dan negara boleh tercemar.

Hei...orang yang di sibuk-sibuk kan sebagai mangsa tidak tidak buat repot, malah dikhabarkan dari indonesia mereka berbahagia hidup di kampong halaman tiba-tiba dicemari namabaiknya dan seisi keluarganya. Dimanakah naluri seorang wanita muslimah orang seperti Zuraidah ni ?...

Nah...hari ini terbukti..lapuran dari indonesia menyatakan Robengah yang disebut sebagai mangsa telah menafikan bahawa dia telah di rogol mahupun lain-lain perkara yg tidak baik oleh DS Rais sepanjang 8 tahun bekerja.
Malah, Robengah dilapurkan berkata DS Rais dan keluarga berlaku baik kepada dirinya.
Kat mana nak letak muka Tempeh berkulat Zuraidah ni sekarang...
Inilah akibat perbuatan manusia yang berhati iblis,penuh dengan sifat dengki dan khianat.

Rasakan sekarang....
Kita mahu Zuraida ddiseret kemuka pengadilan atas perbuatannya yang jijik ini agar menjadi iktibar kepada rakyat bahawa Fitnah adalah satu perbuatan yang sangat kejam dan tidak beretika.
Bagaikan orang tiada pengetahuan agama dan tidak beriman golongan pemfitnah ini. Sedang jika seseorang yang ada iman, mereka seharusnya tahu Allah SWT amat benci dengan fitnah hingga menegaskan dengan keras dan tegas bahawa "fitnha itu lebih buruk daripada membunuh".

Kalau sesorang pembunuh di hukum gantung dalam negara ini...cuba anda sebagai seorang islam berfikir fitnah ni apa hukuman yyang patut di beri....?
Kita tanya Nik Aziz...apa hukuum nak diberi kepada pemfitnah seperti Zuraidah...

Hambik engkau semua yang buat fitnah..
Kita mahu Polis tahan mereka ini semua dan dakwa mereka...Dalam masa sama DS Rais jgn biarkan mereka. Saman mereka ini semua...

Tunggu la kau Zuraidah... Tidur pun tak lena dah ni....
Terima lah akibat perbuatan jahat kamu..

Jumaat, 7 Januari 2011

PAS seronok pekena "gula-gula" Karpal


Kebodohan puak PAS terserlah lagi apabila sekalilagi diperbodohkan oleh pimpinan DAP. Sangat memalukan...ibarat hanya sekadar diberi gula-gula seronoknya bukan main puak-puak Pas ni mecacai dlm blog-blog penyokongnya menyebarkan cerita kononnya DAP suka sangat dah pada Islam..

Kenyataan Karpl Singh yang menyatakan DAP akan pertahankan Islam sebagi agama rasmi negara pun jadikan mereka terguling-guling keseronokan.
Apalah bodohnya Puak hamPAS ni.
Dah memang Agama Rasmi negara ini adalah agama islam dan termaktub dalam perlembagaan. Apa yang dibanggakan sangat dengan kenyataan karpal tua tu.. Baru hari ni cakap nak pertahankan agama rasmi dianggap wira sang kurang upaya tu..heee...geli geleman aku.
UMNO yang melakar dan menjadikan perkara itu termaktub dalam perlembagaan dari dulu hingga kini dan selamanya dibenci PAS. Yang selama ini mencaci dan menghina Islam baru sekarang cakap terima dianggap wira...memang dalam kepala diaorang ni semua cuma ada air sabun agaknya.

Yang kelakarnya, pujian melambung diberi pada tua kutuk tu kerana berkata "soal negara islam masih boleh dirundingkan".... Kah..kah..kah..
Tak payah runding-runding lah...dah memang negara ini negara islam dah...
UMNO selama ini tak pernah bercakap soal nak runding atau apa kejadah ke tentang "Negara Islam"...takde runding-runding...!! dah memang MALAYSIA ADALAH SEBUAH NEGARA ISLAM...titik...!!!
PAS tak mahu iktiraf ke bahawa MALAYSIA NEGARA ISLAM sekarang..? ..habis..? PAS nak mengaku bahawa mereka sedang mendiami sebuah negara kafir ke..???

Karpal juga berkata bahawa kenyataannya 20 tahun lalu "LANGKAH MAYAT SAYA DULU" untuk menegakkan hukum hudud sudah tidak releven.. Betul sangat lah cakap situa tu.. Sebab dia dah tahu tak lama lagi dia kioq....hahaha. Dan mengenangkan nasib dirinya dengan usia yang tak berapa ari lagi tu..memang sesungguhnya Karpal adalah seorang yang tidak pernah releven dari dulu hingga kini.

Apalah malang penyokong hamPAS ye..
Pemimpinnya di "gula-gulakan" terus oleh DAP...
Kasihan..kasihan... Moga mereka insaf dan dibukakan hati mereka agar nampak yang mana intan dan yang mana kaca.

Selasa, 4 Januari 2011

PENYAMUN NO 1 .....



Nah kita imas kembali kes PENYAMUN NO 1 negara yang rembat berbillion ringgit wang rakyat dan negara. Yang di akui sendiri Timbalan gabenor Bank Negara dalam akuan bersumpahnya..

Kita harap SPRM membuka kembali kes tersebut agar JERUNG YAHUDI PENGKHIANAT NEGARA kita dihukum..
Ini bukan sikit-sikit punye duit rakyat dan negara tau.
Dah lah dirembatnya duit rakyat, lepas tu ditipu pulak rakyat...
Bodohnya rakyat yang masih nak sokong mahluk ini..

Isnin, 3 Januari 2011

Program Kembali ke sekolah KBBT Yong Peng



Tahniah kepada kelab Penyokong Barisan Nasional dan KBBT Yong Peng yang telah mengadakan program Kembali Ke Sekolah pada 2 January 2011 di Pusat Kegiatan KBBT Yong Peng.

Program tersebut telah dirasmikan oleh YB.Datuk Dr.Ir. Wee Ka Siong Ahli Parlimen Ayer Hitam yang juga Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Seramai 30 pelajar daripda kaum india yang kurang berkemampuan telah menerima sumbangan berupa pakaian sekolah termasuk kasut Sekolah.

Turut hadir pada Majlis itu adalah YB.Lim Kee Moi, ADUN kawasan Yong Peng dan En.Halid Saat, Setiausaha UMNO Bahagian Ayer Hitam yang juga Setiausaha Barisan Nasional Parlimen Ayer Hitam. Kehadiran pemimpin kalangan UMNO dan MCA membuktikan bahawa semangat setiakawan antara kaum di kawasan Parlimen Ayer Hitam amat ampuh dan kukuh.

Sekalung tahniah kepada En Vimalanadan selaku pengerusi Kelab Penyokong BN dan En,Krishna Mohan, Pengerusi KBBT Yong Peng yang bergabung tenaga menjayakan program rakyat seperti ini.
Gabungan dan kerjasama erat seperti inilah yang mampu memperlihatkan kekuatan kepada masyarakat india dan seharusnya menjadi contoh kepada pemimpin kaum india khasnya dan kaum-kaum lain agar kekuatan Barisan Nasional akan terserlah.

Ahad, 2 Januari 2011

Bukti 1 Malaysia dipraktikkan di Ayer Hitam. Rakyat menerima baik gagasan idea PM


Konsep 1 Malaysia yang dicipta Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak sentiasa mendapat sokongan rakyat. Idea gagasan untuk menyatu-padukan segenap lapisan masyarakat itu dipraktikkan oleh pimpinan Barisan Nasional Parlimen Ayer Hitam.

Kita banyak menganjurkan program yang mesra rakyat berbilang bangsa dan agama. Buktinya Malam tadi MCA Cawangan Jalan Nyior menganjurkan Majlis makan malam sempena Pertandingan Karaoke Peringkat Negeri johor di Restoren Hock Hwa Yong Peng.
Pemimpin UMNO yang dijemput tidak terkecuali hadir dan bermesra dengan kaum cina di majlis itu.

Majlis yang dirasmikan oleh YB.Ir.Dr Wee Ka Siong, Ahli Parlimen Ayer Hitam yang juga Timbalan Menteri Pelajaran dihadiri lebih seribu orang.Turut hadir YB.Lim Kee Moi, ADUN kawasan Yong Peng, En.Halid Saat Setiausaha Barisan Nasional parlimen ayer Hitam serta pimpinan MIC.

Ini lah bukti bagaimana kehendak YAB Perdana Menteri sebenarnya adalah gagasan yang perlu dijayakan bagi kemakmuran dan keharmonian bersama dikecapi setiap rakyat Malaysia.