BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

"Inilah Sumpah Sepenuh Rela Darah Dan Nyawa........."

Khamis, 27 Mei 2010

JAMUAN MESRA 1 MALAYSIA - Kemuncak Program JUARA RAKYAT UMNO Zon Kangkar Baharu

UMNO Cawangan-cawangan dalam Zon kangkar Baharu dalam Bahagian ayer Hitam akan mengadakan majlis JAMUAN MESRA 1 MALAYSIA sebagai acara kemuncak Program-Program Juara Rakyat yang telah dijalankan sebelum ini.

Majlis itu akan berlangsung pada 29 Mei 2010 (Sabtu)jam 9.00 Malam di perkarangan Balairaya Kampong Melayu Kangkar baharu, Yong Peng.
Majlis akan dirasmikan olah YB. Datuk Samsol Bari Bin Jamali, Ketua UMNO bahagian Ayer Hitam yang juga ADUN Semarang.

Turut hadir sama pada majlis tersebut ialah YB Ahli Parlimen Ayer Hitam yang juga Timbalan Menteri pelajaran Datuk Dr. Wee Ka Siong dan ADUN Yong Peng, Puan Lim Kee Mooi.

Selain Jamuan, pelbagai acara sampingan daiadakan termasuk Pendaftaran Keahlian UMNO dan SPR, Penyampain anugerah Tokoh-tokoh Veteren UMNO cawangan-cawangan dalam Zon Kangkar Baharu,Penyampaian hadiah-hadiah pertandingan Bolasepak.Sepak Takraw, Bolajaring,karnival masakan dan gubahan.
Turut mengisi program tersebut diadakan acara Cabutan bertuah dan karaOke suka-suka.

MIC harus Pecat Anak Samy Vellu dan Ketua Pemuda


MIC seharusnya bertanggungjawab sepenuhnya mengambil tindakan keatas anak Presiden parti itu Veell Paari dan Ketua Pemudanya T.Mohan atas keanggkuhan dan kebiadapannya terhadap UMNO.
Kebiadapan dua orang kuat MIC ini sudah keterlaluan dan MIC jangan bersikap double standard dalam mengambil tindakan terhadap ahlinya.
Kalau Naib Ketua Pemudanya boleh dianggap melakukan kesalahan yang besar dan dipecat sebelum dihadapkan ke lembaga disiplin hanya kerana mendesak Samy Velu meletakkan jawatan secepat mungkin.

Kesalahan Vell Paari dan T.Mohan jauh lebih besar. Maka sewajarnya orang yang biadap seperti ini dihumban keluar dari parti MIC. Mereka harus sedar mereka berdua ini bukan saja dalam parti MIC tetapi mereka juga berada dalam Barisan Nasional. Orang seperti T.Mohan dan Vell Paari ini hanya layak duduk bersama pemimpin-pemimpin pembangkang. Mereka boleh BERAMBUS dari parti Barisan Nasional.

T. Mohan juga diingatkan jangan cuba nak mengugut untuk mengkaji kedudukan MIC dalam Barisan Nasional. Anda tidak perlu mengkaji tetapi anda dipersilakan BERAMBUS dari Barisan Nasional.

Kita percaya akar umbi kaum india akan kembali menyokong parti-parti lain berasaskan kaum india dalam yang ada dalam Barisan Nasional jika MIC Berambus dari Barisan Nasional.
Sebenarnya kaum india sudah muak dengan pimpinan Samy Velu, Jadi jika Samy Velu dan kuncu-kuncunya tidak ada dalam Barisan nasional maka orang india akan kembali menyokong Barisan Nasional kerana mereka sedar dan tahu hakikat sebenar bagaimana kaum india mendapat peluang dan ruang untuk hidup dalam kesejahteraan dan merebut peluang kejayaan dalam semua bidang di dalam negara ini.

Jadi..tunggu apa lagi..?

MIC PECAT dua ekor sang biadap ini atau lebih baik MIC keluar daripada Barisan Nasional sahaja.

Selasa, 25 Mei 2010

S Vell Paari jangan biadap !.. SEGERA MINTA MAAF PADA UMNO !!

Anak Presiden MIC jangan nak bersikap biadap dengan menuduh UMNO sebagai penyebab kemerosotan pencapaian Barisan Nasional dalam pilihanraya umum 2008 lalu.
Tuduhan yang dilemparkan ini hanya dibuat setelah kemunculan puak-puak dalam MIC yang sudah berani mempertikaikan secara terbuka kehendak mereka agar Datuk Seri S.Samy Velu meletakkan jawatan segera.

Kehendak ahli-ahli MIC ini sebenarnya bukan perkara baru, ia sebenarnya telah lama berlaku sebelum pilihanraya umum 2008 lagi. Vall Paari jangan cuba menafikan kenyataan ini. Jangan perasan lah yang anda mendapat sokongan akar umbi daripada kaum India.
Kita tahu,..Tapi UMNO tidak pernah mahu untuk campur tangan dalam urusan dalaman parti komponen lain termasuklah MIC.
Tuduhan keterlaluan hingga menganggap UMNO sebagai dalang membunuh politik Samy Vellu adalah keterlaluan.

Hei Vall Paari, orang india sudah lama muak dengan lu punya bapak laa, tapi UMNO jugak yang backing terus lu punya bapak.
Samy Vellu ada ka, tak ada ke UMNO apa peduli. Takde pasal lah mahu campur MIC punya urusan.
Lagi satu, Vall Paari kena sedar, dia sendiri pun bukan mudah untuk diterima oleh kaum india.Jangan perasan lu macam bagus saja..
Cermin lu punya muka dulu la Vall Paari !

Jangan mahu tunjuk kurang ajar.. Kalau lu ingat lu banyak penyokong dan boleh tuduh UMNO sukahati lu..LU KELUAR DARI BN !!!

Kita nak tengok berapa orang ikut Vall Paari...

Tuduhan Vall Paari yang sudah melampaui batas sebagai rakan ini tidak boleh diterima samasekali dan menuntut Vall Paari segera meminta maaf kepada UMNO atau dia boleh ajak penyokong dia keluar MIC atau parti MIC sendiri keluar BN..
Ramai lagi orang india di Malaysia ini yang sedar dan tahu hakikat bahawa UMNO selama ini telah memberikan segala ruang dan peluang yang tidak mungkin dapat diperolehi kaum india di mana-mana negara lain dalam dunia ini..

ITU ADALAH HAKIKAT DAN REALITY.....
Belajar lah hidup dibumi yang Nyata wahai Vall Paari...

Poooraah...

Isnin, 17 Mei 2010

Persidangan UMNO Cawangan Cahaya Putera.





Persidangan UMNO Cawangan Cahaya Putera telah selesai diadakan di perkarangan rumah En. NorAliudin Paiman di A Division 16 Mei 2010 sejurus selepas Persidangan Sayap-sayap cawangan Wanita,Pemuda dana Puteri bersidang pada petang itu juga.

Persidangan di selaras oleh Ketua UMNO cawangan yang juga AJK UMNO Bahagian., Sdr. Zainudin Mohidin.
Turut hadir pada persidangan AJK Wanita UMNO Bahagian,Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian iaitu Pn. Hjh Sukimah Aziz,Pn.Jamilah,Puan Hanny,Sdr Anif Rizal (Ketua Pemuda Cawangan dan Ketua Penerangan Pemuda Bahagian)),Sdr.Rozi,Cik Siti Ailieza (Naib Ketua Puteri Bahagian).Pn. Maslina Kassim (ketua Penerangan Puteri Bahagian),Pn.Norhafidah (Ketua Puteri Cawangan)
Tahniah kepada semua ahli UMNO cawangan Cahaya Putera.
Perjuangan yang tidak akan berhenti selamanya....

Sebelum itu, Persidangan Cawangan-cawangan UMNO dalam Bahagian Ayer Hitam telah dirasmikan secara berkelompok pada 7 Mei 2010 yang lalu oleh YB>Datuk Hamzah Bin Zainudin, Ahli Majlis Tertinggi.

Keputusan PRK Sibu: SAH... Orang Cina tolak BN !!!

Kekalahan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Sibu semalam mengeSAHkan bahawa sebahagian Besar orang Cina tidak menyokong Barisan Nasional lagi.

Dengan keputusan yang menjelaskan senario sebenar politik Malaysia hari ini bahawa Kaum Cina bukan lagi terdiri daripada penyokong Barisan nasional tulin, maka UMNO harus melihat perkara ini secara serius.

Kebanyakkan orang Melayu menyimpan rasa sakit hati bila kerajaan menyalurkan jutaan ringgit untuk kepentingan kaum Cina dalam pilihanraya-pilihanraya kecil yang dilalui. Namun orang Melayu terutama penyokong UMNO bersangka baik kerana sememangnya kita akui akan hak kaum-kaum lain termasuk kaum Cina.

Tapi dengan perkembangan terbaru dari Sibu, Maka UMNO mahu tidak mahu seharusnya tidak terlalu lagi memanjakan kaum Cina berlebihan.
Tidak perlu lagi untuk memberi kelebihan kepada Parti MCA yang jelas gagal menarik kepercayaan kaum cina.
Kepercayaan yang kita berikan kepada kaum Cina hari ini telah dikhianati dengan tidak menyokong Barisan Nasional oleh kaum itu.

Jadi, Berhenti dan cukuplah...
Dah terlalu banyak kita beralah kepada bangsa Cina, parti MCA..tapi kesetiaan mereka sudah hilang..
Cukup...tiada sandiwara lagi yang harus kita tonton daripada kaum ini..

Kita mahu MCA dan kaum Cina buktikan kesetiaan mereka dahulu..
UMNO toidak perlu bimbang, kerana orang Melayu telah mula kembali bertaut dan memberi kepercayaan kepada perjuangan kita. Mereka yang dahulu memihak kepada pembangkang setelah dikelirukan telah kembali sedar dan insaf akan perjuangan suci UMNO untuk membela kepentingan Agama Islam,Bangsa Melayu dan seluruh rakyat dalam negara tercinta bernama Malaysia ini..

Percayalah wahai pemimpin seperjuangan yang berada di puncak..orang Melayu dari hari ke sehari terus berpaut dalam wadah perjuang kita (UMNO). Jadi, jangan lagi kita mengharapkan pihak yang jelas terbukti tidak setia, pandanglah orang Melayu yang membela PERJUANGAN KITA.. Mereka adalah akar umbi MELAYU...

Sambutan ulangtahun UMNO 64 tahun di PWTC







Sambutan ulangtahun UMNO ke 64 tahun diadakan diPWTC dimulakan dengan majlis tahlil. YAB Datuk Seri najib Presiden dan YAB Tan Sri Mahyuddin Yassin beserta pimpinan Majlis Tertinggi UMNO sama-sama bertahlil.
Bacaan Tahlil diketuai oleh Y.Bhg Shahibul Samahah Dao" Noh Gadut.

Isnin, 10 Mei 2010

Selamat Menyambut Ulangtahun UMNO ke 64 tahun



UMNO Cawangan Cahaya Putera mengucapkan Selamat menyambut Ulangtahun UMNO ke 64 tahun pada 11 Mei 2010.

Dengan kedewasaan seusia ini, UMNO sudah cukup matang dalam melangkahi perjuangan mengabdikan diri untuk kepentingan umat melayu,ketinggian martabat agama Islam dan kemakmuran Negara tercita.

UMNO tidak mampu untuk berhenti melangkah gagah lagi mempersonakan bagi memastikan segala nikmat yang diperolehi setiap insan dibumi bertuah Malaysia selama ini di cabut oleh mana-mana pihak.

UMNO yang mengepalai pentadbiran kuasa dan kerajaan harus terus perkasa menempuh segala badai dan gelora yang dicipta oleh pengkhianat-pengkhianat negara.

Bersempena dengan hari ulangtahun UMNO ke 64 tahun ini,...
AYUH BANGSA KU YANG BERNAMA MELAYU, BERSATULAH KITA MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN DAN KUASA YANG MASIH DIGENGGAMAN INI.. JANGAN SESEKALI MEMBIARKAN PUAK-PUAK PENGKHIANAT MENCALAR WALAU SEINCI SEKALIPUN WAJAH UMNO INI...

HIDUP MELAYU ! HIDUP UMNO ! AMAN DAN MAKMUR NEGARA !

Gotong-Royong merentas jalan kampong Melayu River








UMNO bahagian Ayer Hitam bersama-sama membantu penduduk bergotong-royong "merentas dan mengukur" jalan baru kampong Melayu River di Yong Peng pada 9 Mei 2010 lalu.

Program yang diatur penduduk kampong yang selama ini memerlukan jalan perkampongan sendiri itu amat beerti kepada penduduk. AJK UMNO Bahagain Ayer Hitam dan Pemuda yang diketuai Setiausaha UMNO bahagian, Sdr Abd Halid Saat turut terpanggil untuk membantu merealisasikan hasrat penduduk kampong turut sama membantu.

Kita doakan agar hasrat penduduk Kampong Melayu river ini untuk mempunyai jalan Kampong senditi akan tercapai dengan komitmen semua pihak termasuk jabatan terlibat.Selama ini penduduk kampong ini menumpang guna jalan milik Ladang River, Maka ini adalah titik permulaannya bagi melaksanakan cita-cita penduduk kampong. UMNO Bahagian akan sentiasa membantu masyarakat bersesuaian dengan konsep yang di pegangnya UMNO JUARA RAKYAT...

Perasmian Berkelompok Persidangan UMNO cawangan-cawangan Bahagian Ayer Hitam







UMNO Bahagian Ayer Hitam sekali lagi mengadakan majlis Perasmian Berkelompok Persidangan UMNO Cawangan-cawangan dalam Bahagian Ayer Hitam tahun 2010 baru-baru ini didewan Muafakat Semarang, Parit Semarang.

Perasmian telah dilakukan oleh Ahli MT UMNO Malaysia, YB. Datuk Hamzah Zainudin yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia.

Seramai lebih 500 pemimpin cawangan-cawangan hadir dalam majlis tersebut. Turut hadir YB. Datuk SamsolBari Jamali, Ketua UMNO bahagian, Timbalan Ketua Bahagian En.Mohd kamal Harun dan Sdr Junaidi Kamari, Naib Ketua UMNO Bahagian.

Konsep 1 Malaysia jangan di ragui.




Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak tidak harus diragui apatah lagi dikelirukan.

Masyarakat harus sedar bahawa matlamat Perdana Menteri yang memperkenalkan konsep itu adalh semata-mata untuk memastikan rakyat berbilang kaum di negara ini mengekalkan perpaduan,keharmonian,kemakmuran sedia ada di negara ini.

Perkara ini dijelaskan oleh Sdr. Abd Halid Saat, Pegawai Hal Ehwal Khas (JASA) parlimen Ayer Hitam semasa membentangkan kertas kerja dalam seminar Keluarga Bahagia anjuran KEMAS Bahagian Pulai baru-baru ini.

Abd Halid menginggatkan kepada peserta bahawa ada pihak yang amat mencemburui konsep 1 Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri ini, dan mereka membuat pelbagai tohmahan malah tuduhan liar yang menyamakan 1 Malaysia sebagai ciplakan konsep 1 Israel. Perbuatan ini amat keterlaluan dan berniat jahat. Maka menjadi tanggungjawab setiap individu rakyat Malaysia mempertahankan konsep yang jelas mendahulukan rakyat bagi m pmencapai kegemilangan.
Sesuailah dengan temanya "1 Malaysia. Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan",ujarnya.

Remaja diingat jangan lari semasa ditahan polis : Ketua Polis Daerah






Remaja dan orang ramai dinasihatkan agar tidak melarikan diri semasa ditahan oleh polis samaada di sekatan jalanraya atau di mana-mana. Nasihat ini diberikan oleh Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Tuan Ibrahim Md Aris dalam satu majlis dailog Polis Bersama Rakyat yang dianjurkan oleh MCA Bahagian Ayer Hitam dan 5 Persatuan Cina baru-baru ini di Restoren Hock Hua,Yong Peng.
Turut Hadir dalam majlis tersebut YB.Dr.Wee Ka Siong Ahli Parlimen Ayer Hitam dan YB.Puan Lim Kee Moi, ADUN Yong Peng.

Nasihat ini diberikan agar seseorang itu tidak disyaki sebagai penjenayah dan mengelakkan sesuatu perkara buruk berlaku akibat tindakan lari dari polis sepertimana kes yang berlaku baru-baru ini di Selangor dimana seorang Remaja mati ditembak polis gara-gara lari daripada ditahan polis.

Polis akan sentiasa bersikap profesional dalam menjalankan tugas, maka masyarakat juga seharusnya tidak perlu takut dengan polis sekiranya mereka bukan penjenayah.

Sementara itu, YB.Dr, Wee Ka Siong menasihatkan ibubapa sentiasa menasihati para remaja agar mengambil lesen memandu dan memakai topi keledar semasa memandu motosikal. Sikap sentiasa mematuhi peraturan akan dapat mengatasi peningkatan bilangan kemalangan yang mungkin boleh kehilangan nyawa orang tersayang. Beliau yang juga Timbalan Menteri Pelajaran meminta ibubapa dan guru agar memastikan pelajar yang menunggang motosikal ke sekolah sentiasa memakai topi keledar semasa menunggang motosikal samaada kesekolah atau kemana-mana.